TAK PERLU KATA APA-APA :)


Bismillahirahmanirrahim...
S.E.N.Y.U.M

Senyum :) perkara yang sangat mudah untuk dilakukan namun amat berat untuk diamalkan. Along bukanlah seorang insan yang sentiasa tersenyum tapi along cuba untuk memulakan hari along dengan tersenyum.
Bukan sukar untuk tersenyum tapi kita sendiri yang menyukarkan diri untuk mengukir senyuman di wajah. 

Meneladani sifat Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w adalah insan yang paling banyak tersenyum.

" Tidak pernah aku melihat seseorang yang paling banyak tersenyum melainkan Rasulullah."
 [Riwayat at-Tirmizi]

Rasulullah s.a.w seperti yang kita ketahui adalah insan yang paling sibuk di atas dunia ; sibuk dengan ibadah,keluarga,masyarakat,kerja dakwah,kerja politik dan lain-lain lagi. Rasulullah s.a.w walaupun dengan keadaan marah masih lagi mempamerkan senyuman. Begitu indah akhlak Rasulullah s.a.w. :)

Cucu Rasulullah s.a.w yakni Saidina Hussein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi :
 " Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah s.a.w terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan Baginda sentiasa tersenyum,budi pekerti lagi rendah hati,Baginda bukanlah seorang yang kasar,tidak suka berteriak-teriak ,bukan tukang cela,tidak pula mencela makanan yang tidak disukainya .Siapa sahaja yang mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa sahaja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas."

Allahu rabbi,tersentap sangat dengan kisah ni,sebab along bukanlah insan sesempurna Rasulullah namun sedang berusaha ke arah itu,sungguh indah akhlaknya.




Jom Senyum :) SENYUMLAH

"Senyum itu sedekah"

Sedekah yang tidak menggunakan kerahan tenaga kerja dan wang ringgit,bukan. Sentiasa ingin kembali tersenyum walaupun mempunyai ujian dan mehnah yang melanda.

Firman Allah s.w.t
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?" [al-Ankabut:2]

Maafkan along kepada sahabat-sahabat yang sering melihat wajah along masam mencuka dan kadang-kadang serius tidak kena pada tempatnya. MAAF,MAAF,MAAF.
Along akan cuba perbaiki kelemahan along ini untuk memudahkan urusan seharian kita dan juga dapat menggandakan pahala bukan.

Kelebihan tersenyum :)

1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atauhandsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D
Senyum-senyumlah selalu okey!


"Mulakan hari anda dengan TERSENYUM & BERSYUKUR"

-along aliah-
-11.08pm/11-10-2013-
-Bayt Aflah,Mu'tah-
-Jordan-

SENYUM :)






Comments

Popular Posts