Cinta dan pengorbanan :)
Bismillahirahmanirrahim
Salam Eid Adha,salam zulhijjah
alhamdulillah kita sekarang berada di dalam bulan yang mulia,bulan yang menceritakan kisah pengorbanan insan mulia di sisi Allah s.w.t,bulan di mana umat Islam berkumpul menunaikan haji dan bulan yang sudah pasti kita menyaksikan lembu,kambing atau unta dikorbankan. :)
Baru-baru ni along mendengar satu forum mengenai ibadat qurban dan haji yang bertajuk 'Iman Membawa Kasih Korban',salah seorang panel menaqalkan 3 maqasid korban dan haji mengikut Dr Muhammad Hawa :
1. Madrasatul jihad
2. Madrasatul hari akhirat
3. Mengingatkan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya
jadi entry kali ini along ingin kita mengambil ibrah kisah Nabi Ibrahim a.s.Iya,kisah yang menceritakan cinta dan pengorbanan.
CINTA DAN PENGORBANAN
pasti sahabat2 pembaca sudah tahu kisah cinta dan pengorbanan yang sering diceritakan di dalam bulan Zulhijjah ini,kisah Ibrahim a.s,isterinya Hajar dan anaknya yang munggil Ismail a.s.
KISAH IBRAHIM A.S DAN HAJAR
Tatkala Sarah mengetahui pernikahan Ibrahim a.s dengan Siti Hajar membuahkan kelahiran bayi lelaki,Sarah tidak dapat menahan kegelisahannya. Sarah cemburu dengan kehadiran anak kecil yang comel itu kerana dia mendapati suaminya memberi perhatian lebih kepada Ismail dan madunya. Dan bahtera perkahwinan Nabi Ibrahim a.s bersama Hajar diliputi awan-awan kecemburuan yang menyembul daripada kegelisahan Sarah. Naluri wanita mana tidak tercabar melihat madunya diliputi kegembiraan dan kebahagiaan.
Maka Allah s.w.t menyuruh Nabi Ibrahim menjauhkan Hajar dan anaknya Ismail dari Sarah. Nabi Allah ini lantas menyiapkan kenderaanya (unta) dan membawa pergi Hajar dan Ismail dari kota Hebron. Dia tidak tahu ke mana hala tuju yang mereka akan tujui. Semuanya berserah kepada Allah s.w.t. Unta yang ditunggangi Nabi Ibrahim a.s bersama anak dan isterinya menyelusuri padang pasir yang gersang-atas petunujuk Allah-,hingga akhirnya mereka berhenti di Bakkah (Mekkah). Dan tempat tersebut menjadi pilihan Allah untuk isterinya dan putera kesayangannya Nabi Ibrahim a.s.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s. meminta diri untuk berlalu pergi bagi meneruskan kerja dakwahnya,dengan mengajak kaumnya ke jalan tauhid. Hajar tidak mampu menahan sedihnya dan tidak terbayang dek akal hidup berdua bersama bayi kecilnya di tempat yang gersang itu. Hajar berujar kepada suaminya," Engkau akan meninggalkan kami berdua di tempat yang sunyi gersang,yang tiada seorang manusia,tiada seekor binatang dan tidak terlihat air mengalir,sementara bayi kita masih kecil dan menyusu?"
Nabi Ibrahim membalas kata-kata isterinya," Wahai isteriku,pasrahkan dirimu dan bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan kehendaknya...". Hajar merasa tenang selepas mendengar ucapan suaminya. Hajar menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t dan bertawakal kepadaNya.
KISAH IBRAHIM A.S DAN PUTERANYA ISMAIL A.S
Setelah lama meninggalkan bumi Mekah untuk melaksanakan dakwahnya,Nabi Ibrahim telah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk kembali mengunjungi isteri dan anaknya Ismail a.s. Nabi Ibrahim terkesima melihat anaknya Ismal menjadi seorang pemuda yang tampan dan perkasa.
Nabi Allah ini benar-benar mencintai puteranya Ismail sehingga Allah s.w.t memerintahkan Ibrahim menyembelih anaknya,melalui mimpi. Ibrahim a.s menyampaikan mimpi dialaminya itu kepada Ismail a.s
"Wahai anakku,sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah pendapatmu?" [As-Saffat:102]
Ismail,remaja dan juga pemuda yang teguh imannya dan berperibadi soleh. Selepas mendengar kata-kata ayahnya,dengan tenang Ismail menjawab,
"Wahai ayahku,kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu;insyaAllah engkau akan mendapati aku termasuk dalam golongan yang sabar." [As-Saffat:102]
IBRAH :)
kasih sayang seorang suami kepada isteri dan anaknya tidak akan luntur selagi mana berlandaskan iman dan takwa. Cinta dan pengorbanan memang sinonim dengan kehidupan kita sebagai seorang insani. Fikirkanlah sahabat,apa pengorbanan kita selama ini yang kita berikan dengan perasaan cinta dan kasih sayang kepada Allah,Rasulullah,islam,ibu bapa hatta orang-orang di sekeliling kita??
Demikianlah kisah yang mempunyai pengajaran yang boleh kita dapati sebagai hambaNya...

Salam Zulhijjah
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah
tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan daripada kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(22:37)

Kullu ’aam wa antum aqrabu illallah!
Rujukan :)
-Buku "Pemuda Pemudi Hebat Yang Tersurat dalam Al-Quran"-Misbah em Majidy
-Forum oleh BSK PERMATA "Iman Membawa Kasih Korban"
-along aliah-
12 Zulhijjah 1434H
1.40pm
17 Oct 2013
Comments
Post a Comment