Generation of Ulul Albab (GOAL)
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah selesai sudah program selama dua hari daripada 2-3 Januari 2014,nama program ini ialah Program GOAL,GOAL akronim bagi Generation of Ulul Albab bagi pelajar tahun satu iaitu batch Jilul Muathir (Generasi Pencetus) dan saya kira mereka ini hebat-hebat dan bersemangat sekali,mereka mempunyai hammasah dalam beraktiviti dan menyampaikan idea. SUBHANALLAH
Antara aktiviti yang dijalankan yang dapat saya lampirkan berdasarkan nota-nota saya catit :)
2/1/2014
-Kuliah oleh ustaz Ehsan Sebri ( Aqidah Islamiiyah Dasar Hidup Muslim)
ustaz menceritakan salah seorang ahli gerakan Jamaat Islami iaitu Al-Maududi,pada pendapat saya Al-Maududi adalah antara tokoh yang saya paling kagumi. :) Ustaz membentangkan ayat pertama surah al-Mudathir yang merupakan ayat ke-2 yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w yang kita pelajari dalam Ulum Quran (kemungkinan ada khilaf di sisi ulama). "Wahai orang-orang yang berselimut.Bangunlah!Lalu berilah peringatan."[al-Mudathir:1-2]. Ustaz membentangkan berdasarkan tafsir syarawi,al-mudathir itu adalah orang yang lalai.Bagi peringkat kita sebagai mahasiawa Islam,kita lupa fungsi mahasiswa Islam. dan ayat kedua pula,ustaz menerangkan bangunlah dan bagi peringatan kepada manusia,bangun daripada kelalaian. bagi peringatan kepada manusia merupakan tugas seorang muslim. Kemudian ustaz terangkan tentang kalimah yakni terdapat dua jenis kalimah di atas muka bumi ini iaitu kalimah taibah dan kalimah khabithah berdasarkan Surah Ibrahim,"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit,pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya.dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar selalu mereka selalu beringat.Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk,yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi;tidak dapat tegak sedikit pun." [Ibrahim:24-26]. Kalimat taibah itu adalah kalimat la ilaha illallah wa muhammad rasululullah. Ada dua aspek dalam kalimat ini iaitu meyakini Allah dengan mengikuti segala suruhannya dan meninggalakan larangannya serta mengabdikan diri kepadaNya.Kedua,beriman kepada Nabi s.a.w dengan mempercayai apa yang diberi kepada Nabi Muhammad s.a.w yakni al-Quran. kalimat khabithah yakni kalimat buruk itu ialah tidak meyakini Allah dan terdiri daripada golongan kafir.wallahualam
Tujuan lafaz kalimah syahadah : )
-membezakan kita antara orang islam dan bukan islam
-merupakan dasar kehidupan kepada umat Islam
Maksud hamba ---> berikan sepenuh diri kepada Allah s.w.t
Sifat seorang hamba :)
- rendah diri (tawadhuk),hubungan dengan Allah
-bangun malam
-takut dengan neraka Allah
-sederhana dalam berbelanja
Penyebaran kalimah haq
-amalan soleh
-akhlak terpuji
-membina negara Islam
Ini adalah ringkasan berdasarkan catitan saya dan saya berpuas hati dengan kuliah yang disampaikan. Nota panjang lagi tetapi ini adalah ringkasan daripada nota saya,semoga bermanfaat untuk readers :)
LDK 1: Diskusi artikel Dr MAZA , Menangisi Murtad dan Zakat
Serius berdiskusi daripada ahli ekonomi |
Pembentangan daripada pihak kerajaan |
Pada meeting bersama programmer berkenaan sesi LDK ini,kami para mentor diberitahu agar memberi tugasan kepada mentee,mereke dikehendaki mengkaji artikel ini berdasarkan empat aspek,iaitu dari segi ekonomi,kerajaan,politik dan agamawan. Kami menjangkakan peserta yang cenderung kepada ahli ekonomi sedikit tetapi berdasarkan pemerhatian saya,mereka antara yang teramai daripada kelompok-kelompok yang lain dan saya pula memihak kepada ahli ekonomi hakikatnya saya bukanlah pelajar ekonomi.Cuma pada pandangan saya ahli ekonomi banyak menyumbang dari segi pembayaran zakat,memberi sumbangan kepada NGO/mana-mana badan kebajikan yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan atau bekerjasama dengan mana-mana syarikat lain dalam membantu atau membanteras golongan miskin. Punca berlakunya umat Islam murtad pada hari ini adalah kerana kekangan wang dan pemberian zakat yang terlalu banyak prosuder.Konklusinya,adik-adik ini sangat hebat dalam menegakkan hujah mereka walaupun yang harus dikaji ialah apa peranan dan cara penyelesaian dalam masalah murtad dan zakat dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
3/1/2014
Bersama anak-anak usrah dan partner usrah saya Kak De hajar yang osem :) |
Sebenarnya saya dah tak larat nak menulis,bagi mengisi masa yang ada ini,saya teruskan jua ringkasan daripada program ini.
Tafsir Surah al-Asr oleh Ustaz Azim.
Allah bersumpah dengan sesuatu bagi menunjukkan keagungannya begitu juga dengan masa. Masa iaitu asr yang bermaksud satu benda yang keluar apabila diperah atau sepintas lalu seperti jus. Ini menunjukkan masa itu satu benda yang keluar dan berlalu. Manusia yang selalu dalam kerugian akan hidup dalam kelemasan,bagaimana mengatasinya sedar,fikir dan bertindak. Bertindak dengan saling menasihati dengan kebenaran adalah tugasan seorang Muslim.
Sebenarnya banyak lagi yang ustaz terangkan dan wadhih serta banyak input baru yang beliau jelaskan tetapi ini adalah serba ringkas nota yang smepat saya salin memandangkan ketika itu pagi masih baru dan mata masih kantuk.wallahualam
LDK 2 : Maratib Amal
An najmu Thaqib chaiyok,,chaiyok :) |
Melihat kesungguhan mereka : )
Ulul Albab : orang yang berakal dengan sempurna dan tidak pernah terputus berzikir kepada Allah s.w.t dan sentiasa berfikir mengenai penciptaan Allah s.w.t.
-along aliah-
-2.51am | 4/1/2014-
-bayt Aflah,Mu'tah-
Jordan
Inilah pengalaman yg membina..^_^
ReplyDeletesemoga kita semua terus thabat ^^
Delete