Traveller 3 # Jangan tinggalkan harapan dan impian
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
HARAPAN DAN IMPIAN
Setiap insan di atas muka bumi ini tidak akan lari dengan harapan dan impian masing-masing termasuklah diri insna kerdil ini. Saya selalu imbas kembali kata-kata ummi sebelum saya ambil SPM,hakikatnya saya bukanlah pelajar terpandai di sekolah dan selalu mendapat markah yang ciput sahaja dalam peperiksaan,ummi pesan kepada saya suatu hari selepas menghantar sahabat saya pulang ke rumah,sahabat saya seorang pelajar terbaik SPM batch saya,mulanya abi kata,' tengok dia ayah dan maknya hanyalah penjual dan rumah mereka kecil kalau nak dibandingkan dengan rumah kita. Anaknya mampu bagi keputusan peperiksaan yang baik dalam peperiksaan. Anak abi?' Abi seakan sedih,lalu umi menyampuk,' semua orang pasti akan merasai kegagalan,umi pun pernah merasai kegagalan,cuba along ingat siapa yang mencipta lampu. Dia mengalami seribu kegagalan sebelum mencapai kejayaan,hakikatnya orang pandang pelik. Ummi yakin anak umi ni mampu berjaya walaupun Allah tak beri sekarang.' Pesanan ummi menyedapkan hatiku walaupun aku masih bersedih dengan sikapku yang tidak mahu bersungguh-sungguh dalam belajar. Apa yang aku usahakan sebenarnya? Persoalan daripada aku kecil sehingga sekarang. Aku sentiasa bermain dengan persoalan namun tidak pula aku mencari jawapan. Aku hanya mengejar cita-cita namun tidak semua itu kesampaian. Ya Allah,jadikanlah aku seorang yang bersungguh-sungguh bukan seorang penangguh dalam mencapai kejayaan dan keredhaanMu.
Jangan tinggalkan harapan dan impianmu walaupun tidak kesampaian. Impian aku hanya satu yang tetap di hati daripada kecil,aku ingin menjadi usahawan tadika yang berjaya,yang mampu membuka sebuah tadika yang mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah impianku dan harapanku adalah aku mampu melahirkan anak-anak kecil yang mempunyai akhlak yang mantap serta cemerlang di dalam akademik. Itu hanyalah impian dan harapan bagi masa depanku di atas dunia ini.
Muhasabah diri sebagai seorang yang memegang status seorang pelajar. Apa yang sedang aku lakukan? Leka dan tidak bersungguh-sungguh. Baru sebentar tadi aku melihat markah subjek bagi semester ini. Apa yang aku harapkan markahku lebih baik daripada sebelum ini. Mataku hampir memerah melihat markah-markah yang terpapar di skrin laptop,sedih bukannya perasaan gembira menerjah perasaanku. Aku sudah berusaha lama tetapi kenapa begini natijahnya?? Aku tidak menyalahkan takdir tetapi aku menyalahkan diri aku sendiri. Adakah kerana aku tidak pernah mengingati impian dan harapanku ke atas diriku? Adakah aku tidak mengingati harapan ummi dan abi? Adakah kerana aku bukan seorang yang bersungguh tetapi penangguh?? Apa yang terjadi ke atas diriku adalah kerana diri aku sendiri dan aku yang memikulnya!
Sebelum datang ke Jordan,aku ada satu impian,aku sedar aku bukanlah pelajar pintar seperti orang lain. Impianku aku mampu ke Jordan untuk menuntut ilmu di sini dengan harapan mampu mendapat natijah yang baik berbanding natijah semasa SPM. Itu yang aku lakukan,dan aku sedang lakukan,menuntut ilmu dengan sehabis baik. Aku mampu berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat Arab,dan aku sedang belajar.
Harapanku agar aku mampu menjadi ikon kepada adik-adik agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan mencapai sesuatu.
APA YANG PERLU KU LAKUKAN AGAR TERCAPAI IMPIAN DAN HARAPAN?
Berusahalah ! Belajarlah daripada kesilapan ! Jangan bertangguh ! Kejarlah harapan dan impianmu ! Teruskan menyokong diri sendiri dan tidak mengharapkan sokongan orang lain ! Jangan membuang masa !
Baca Quran dan jangan tinggalkan Quran ! Qiamulail ! Banyakkan berdoa dan tawakal kepada Allah !

Kita semua pasti punya impian dan harapan tapi ingat Allah lah yang merancang segala-galanya. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada Allah agar tercapai juga impianku. Jangan tinggalkan ia dengan usaha yang kosong. Bersungguhlah wahai manusia !
Al faqirah wa khadim al ilmi
-Along Aliah-
4.38 pm | 22\1\2014
Bayt Aflah , Mu'tah
Jordan
S.E.N.Y.U.M
Comments
Post a Comment