KINDER MAXI TARBIYAH BUAT MUJAHID DAKWAH
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Apa itu KINDER MAXI TARBIYAH??eheh,sebenarnya along nak
bercerita tentang 10 Muwasafat Tarbiyah yang digariskan oleh Imam Hassan
al-Banna.
----------------------------------------------------------------------
“ Ukhty, jom buat senaman ringan dulu sebelum kita mula
usrah.” ajak gadis manis yang lengkap berjubah seluar berwarna merah dan
kepalanya dilitupi tudung labuh berwarna merah jambu. Cadangan itu disambut
gembira oleh adik-beradik usrah yang lain bagi mengelakkan rasa kantuk
menguasai mata ketika berbulatan cinta dan dapat menyihatkan badan.
“ Al aqlu salim fi al jismi salim,” sahut Atikah atas
cadangan Raudhah sebentar tadi. Ukhty Hijriyyah melihat anak-anak usrahnya yang
memandangnya dengan mata bersinar dan penuh pengharapan.
“Baiklah,kata Imam Hassan al-Banna dalam penulisannya[1], ‘
Hendaklah saudara mengamalkan apa sahaja jenis riadhah walaupun berjalan kaki.’
Yuk kita mulai.” Bicara Kak Hijriyyah dengan penuh semangat dan mempamerkan
senyuman yang manis kepada anak usrahnya. “Hooray,kami sayang ukhty
ketat-ketat.” Teriak anak usrahnya seperti anak kecil yang baru menikmati
gula-gula kapas.
Di padang hijau dan dipenuhi pokok-pokok rendang itu,mereka
bersenam ruhul jaded disertai bilangan zikir kepada Allah,subhanallah wal
hamdulillah wa la ila ha ilallah wa allahuakbar. Mereka sangat bersemangat
bersenam kerana mereka tahu sihat tubuh badan salah satu ciri-ciri tarbiyah.
Mereka mempunyai impian bersama iaitu menjadi mujahid dakwah yang cergas serta
bermanfaat buat masyarakat.
“Sahabat-sahabat,kalian mahu tahu ngak..” ujar Zulaikha
memecahkan suasana diskusi yang makin hebat. “ eh,sejak bila enti bercakap
loghat Indon ni,ni mesti pengaruh filem KCB,nama kamu siapa?Abdullah. Haha “
sampuk Fazira yang terkenal dengan sifat mengusiknya. Mereka yang lain juga
turut tertawa mendengar gurauan Fazira aka Faz. “ Ish,kamu ni,kita hanya nak
bagitahu, Allah s.w.t telah berfirman dalam al-Quran ‘ Katakanlah (Wahai
Muhammad),bahawasanya setiap daripada kamu (manusia) beramal mengikut
kelayakannya,maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang lebih mendapat hidayah
(dalam kehidupannya).’”Hah,tu dalam surah al-Isra ayat 84,betul tak?”teka faz
dengan senyuman yang meleret sampai ke telinga dan sambil mengangkat kening
ala-ala Ziana Zain.
“ Betul,tepat sekali tekaan Faz,Zu nak bagitahu sesungguhnya
setiap individu yang Allah s.w.t ciptakan mempunyai peranan masing-masing dalam
membela agama,hanya cetusan idea bersama apa peranan kita sebagai remaja
muslim?” masing-masing membuat gelagat gaya berfikir seperti Albert Einstein.
Ukhty Hijriyyah tersenyum melihat gelagat anak usrahnya yang sangat berminat
mengupas sesuatu isu dan bertanyakan soalan cepumas ketika berbulatan gembira.
“Baiklah akak akan terangkan secara ringkas mengenai peranan
remaja Muslim berdasarkan amalan Nabi s.a.w dan para sahabat. Pertama,kita
mestilah menjaga ibadah kepada Allah. Ibadah merupakan perkara terpenting untuk
menunjukkan kita ini adalah hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi. Ibadah
juga perkara utama Allah menciptakan manusia tidak kira dia tua atau muda. Kata
Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56, Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. Sadaqallahul azim. Kedua,kita
mestilah tonjolkan akhlak yang baik,menjadi qudwah hasanah kepada muslim dan
non-muslim. Ketiga, berjihad di jalan Allah. Salah satu contoh yang boleh kita
mengambil ibrah daripada kisah para sahabat dalam menegakkan agama Allah
bersama Rasulullah s.aw.”
“ Raudhah teringat bagaimana baginda Nabi s.a.w dipinang
oleh Khadijah kerana terpesona dengan akhlak Baginda di dalam menguruskan
perniagaannya. Subhanallah.” “itu yang kamu ingat Raudhah,kahwin.”usik Atikah.
Mereka semua terusik dengan kata-kata Atikah dan ketawa sesama sendiri.’Semoga
Allah menetapkan hati-hati kami terus thabat di atas jalanNya dan semoga ukhwah
kami tetap utuh seperti tali yang tidak pernah putus.’monolog Hijriyyah
sendirian berdoa kepada Allah. ‘Usrah ini salah satu medan untuk berdiskusi isu
semasa,berkongsi ilmu dan mengeratkan silaturahim antara umat islam,terima
kasih ya Allah.’
Hijriyyah terus-menerus menyusun jadual hariannya agar teratur,Hijriyyah
pening kepala memikirkan kesibukannya sebagai ahli MPP kolej,naqibah,pelajar
dan anak kepada kedua ibu bapanya. Mujur sahabat baiknya Ahya sering menasihati
dirinya agar pandai dan bijak membahagikan masa terutama sebagai seorang hamba
yang faqir kepada Allah. Do not waste your time Hijriyyah. Hijriyyah
mengingatkan dirinya yang sering leka dengan kerja-kerja persatuan tetapi
sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim,pelajar dan anak.
‘Okay,siap,qiamulail 4 pagi,8 pagi kelas,3 petang baca buku luar kuliah,5
petang riadhah,9 malam hingga 12 malam murajaah dan study grup,hujung minggu
usrah,meeting dan sebagainya,Alhamdulillah,semoga aku daripada kalangan orang
yang sangat menjaga masa dan tersusun dalam urusan.’monolognya girang.
“Amboi,padatnya masa,siap buat list t0 do,jadual harian
bagai.” Tegur Ahya sahabat baiknya merangkap penasihat tak berbayar buat
dirinya.
“Eh mestilah,tengoklah siapa.” Gurau Hijriyyah.
“hurm,satu kurang,mana masa untuk membaca,menghafal dan
tadabbur ayat cinta Allah?”Tanya Ahya dengan membuat muka saspens.
“Eh,ana lupalah,terima kasih ingatkan wahai sahabat ana yang
comel.”ucap Hijriyyah dengan rendah diri. Hijriyyah seorang yang sangat lembut
serta sopan tutur katanya namun sangat tegas sebagai seorang muslimat yang
menjaga kehormatan dirinya. Hijriyyah mahu dirinya setabah Asiah dan sehebat
Khaulah dalam medan dakwah dan jihad,juga Safura,gadis yang rajin dan
bijaksana,Balqis pemimpin yang bijaksana dan Maryam yang mengabdikan hidupnya
hanya kerana Allah.
Tik..tok..tik..tok
‘Allah,beratnya kepala,mengantuk sangat ni,baru pukul 4
pagi,belum subuh lagi,tidurlah sekejap ‘ detik hatinya.
“Hijriyyah jom qiam,dah pukul 5 pagi,nanti tak sempat enti
bertahajud,”kejut roommatenya Silmi.
“Pukul 5 pagi,Allahuakbar,ana dah lewat,terima kasih Silmi
kejutkan ana.”terus Hijriyyah berangkat menuju ke bilik air membersihkan
dirinya untuk menghadap TuhanNya yang Maha Esa.
Usai tamat kelas Dirasat Nahu bersama ustaz Faizal,
Hijriyyah mendapat panggilan daripada ibunya yang tercinta,mendengar suara
nyaring Puan Azizah di corong telefon,ya Allah rindunya dengan ummi.
“Assalamualaikum ummi,sihat?” ujar Hijriyyah dengan nada
yang sangat gembira apabila dapat mendengar suara ibunya.
“Alhamdulillah,ummi sihat nak. Ummi harap anak ummi pun
sihat wal afiat dan dalam lindungan rahmatNya,macam mana study,ok ke ko.”
Seloroh Puan Azizah
“Alhamdulillah,baru-baru ini along dapat Anugerah Dekan bagi
semester lepas kerana dapat keputusan mumtaz,Alhamdulillah,ummi doakan along
mendapat natijah yang baik pula bagi sem ni.”
“tahniah ummi ucapkan. Setiap kali lepas solat ummi
mendoakan kejayaan anak ummi dunia dan akhirat. Oh yer,ummi ada benda nak
sampaikan,harap along tabah mendengar yer.”ummi menghela nafas seketika dan
meneruskan perbualan, “ ummi minta maaf sebab tak dapat hantar duit belanja
kepada along bulan ni sebab gaji ummi lambat masuk,insyaAllah ummi masukkan
duit lewat bulan ni terus duit belanja untuk bulan hadapan yer. Ummi harap
along dapat gunakan duit sebaiknya dan berjimat sikit dalam berbelanja tu.
Ingat ada orang lain lebih susah kehidupannya daripada kita. Belajar
rajin-rajin along,ummi sentiasa doakan anak-anak ummi.Assalamualaikum”
“takpe ummi,duit belanja yang ada di tangan along,insyaAllah
cukup untuk makan minum bulan ni,rasanya tidak ada apa-apa perbelanjaan lain
ummi. Maafkan along jikalau banyak menyusahkan ummi.Waalaikumussalam” Rasa
kesal menumbuh di hati kerana selalu minta wang daripada ummi. Tamat perbualan
mereka di situ. Hijriyyah berasa sebak kerana duit belanja yang berada di
tangannya hanya RM50. ‘Cukupkah untuk aku belanja bulan ni dengan duit sebanyak
ini.ya Allah bantulah hambaMu ini.’
Hijriyyah mula mencongak plan kewangan pada bulan ini dengan
duit yang ada sebanyak RM 50. Seorang muslim itu harus pandai mengatur
kewangannya. Dia mula tersenyum sendirian kerana mula berdikari mencongak dan
mencatu duit bagi perbelanjaan diri. Modal hanya sebesar RM20,Hijriyyah menjual
kerongsang dan cenderamata hasil tangannya. Hasil tangannya sangat berseni dan
ramai pelajar kolej membeli daripadanya sebagai tanda kenangan,ada juga yang
beli untuk dijadikan hadiah dan dipakai untu diri sendiri. Dalam pada masa yang
sama,Hijriyyah mengambil upah menjahit tudung dengan tawaran harga upah yang
paling murah.
“Baguslah ukhti ni.” Tegur suara yang tidak asing lagi di
pendengaran Hijriyyah. Suara comel itu tidak lain tidak bukan anak usrahnya
Raudhah. “eh,kenapa pula?” soal Hijriyyah.
“iyelah ukhti ni pandai berdikari,pandai menyusun masa,baik
orangnya,ramah dan mesra alam”gurau Raudhah sambil menjilat aiskrim Cornetto
perisa Vanilla Coklat. Raudhah antara junior merangkap anak usrahnya yang rapat
dengan dirinya serta suka memberikan pandangan yang kreatif di dalam usrah.
“raudhah pernah dengar satu ayat tak. Allah pernah berkata[2],
wahai orang-orang yang beriman,masuklah kalian ke dalam Islam secara
keseluruhannya dan janganlah kamu mengikuti langka-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian. Kenapa kita nak ikut
jejak langkah syaitan dik? Banyak benda yang kita perlu belajar dik untuk
menjadi orang yang berguna,berilmu dan bermanfaat untuk masyarakat.”
Tersenyum Raudhah mendengar ucapan ukhtinya. “Ukhty,jom
main-main kat tepi tasik tu sambil dengar suara-suara kicauan burung ciptaan Allah.
Subhanallah cantikkan alam ini kan ukhti. Ciptaan allah mestilah cantik.”
Taman Tasik Taiping sering menjadi tumpuan para pengunjung
untuk beriadhah termasuklah menjadi saksi ukhwah mereka yang sering
berusrah,berkongsi cerita dan bergurau senda di situ.
[1] usrah dan Dakwah – Hassan al-Banna
[2] al-Baqarah : 208
Jom amalkan :) |
Comments
Post a Comment