Ingatkan aku sahabat :)
Bismillahirahmanirrahim
Dear sahabat(s),
Pertama sekali,ku ingin memohon ribuan kemaafan daripada kalian andai aku tersalah menutur bicara,terlepas laku perbuatanku,menghiris hati kalian dengan kata-kata sinis,mempamerkan mimik muka yang tidak manis,bercakap belakang mengenai kalian dan apa-apa sahaja yang dipandnag negatif oleh kalian. Aku ingin memohon sejuta kemaafan daripada kalian.
Sahabatku,
Pernahkah kalian terfikir akan hadis ini,"agama itu nasihat",hadis ini dinukilkan dalam Matan Arbain,aku percaya kalian sudah khatam hadis 40 karangan Imam Nawawi. Sahabatku yang dikasihi,ingatkanlah aku...ingatkanlah aku..ingatkanlah aku
Bukankah kita sama-sama melayari bahtera perjuangan dan berjihad menuntut ilmu di Bumi Syams ini. Bumi yang diberkahi Allah s.w.t. Subhanallah,Allah telah memilih kita hambaNya menuntut ilmu di bumi yang dipenuhi ulama. Pasti ada hikmahnya. Fikirkanlah sahabat.
Sahabatku yang dirahmati Allah. Sampai bila sahabat kita harus bermasam muka dan berhasad dengki antara satu sama lain. Bukankah kita di dalam satu jalan dan kita di dalam satu perjuangan. Aku sering futur sahabat,aku sering leka dan lalai.Tegurlah aku sahabat yang dikasihi.
Dunia ini dipenuhi dengan fitnah,dipenuhi dengan keseronokan namun aku tidak mahu terus terikut dengan keseronokan duniawi yang semakin memuncak di pengakhirannya. Ayuh sahabat,kita bersatu hati dan tenaga kembali ke jalan Allah,kita bersatu menyebarkan jalan dakwah,jalan perit yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menyebarkan Islam. Ayuh muhasabah kembali sahabat.
Berkelana di Bumi Syams yang mempunyai seribu satu cerita dan kisah,seribu satu sejarah islam dinukilkan di dalamnya,seribu satu manusia yang merantau,seribu satu kisah manusia lampau dan era ini dan seribu satu kebahagiaan dan penderitaan insan dunia hari ini. Kita,ya kita sang penuntut ilmu yang datang dari timur ke tengah dunia arab belajar erti kehidupan,kebebasan,ilmu agama yang menuntun kaki mencari keredhaaNya,kita bangkit dan hammasah menuntut ilmu tetapi kita sering leka dengan peradaban dan aklahk seorang insani.
sahabat cukuplah setakat ini sahaja kebebasan penulisanku agar kita sama-sama menjadi seorang insan yang berguna untuk masyarakat,yang mampu memberi ilmu yang bermanfaat dan mampu menjaga akhlak kita sebagai seorang insan mengikut acuan Al-Quran dan as-sunnah. Ingatkan aku sahabt agar aku mampu menjaga akhlakku di hadapan Allah,Rasulullah dan di ahdapan kalian,ingatkanlah aku agar sentiasa membaca,tadabbur dan betulkan bacaan Al-Quran,ingatkanlah aku sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan ingatkanlah aku untuk kita sama-sama mencari keredhaan Ilahi yang tiada penghujungnya.
jazakallah kathira kerana membaca
al faqirah wa khadim al ilmi
Along Aliah
12.12 pm | 9 Januari 2014
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan

halwa telinga buat kalian bergelar sahabat :)
Comments
Post a Comment