Dakwah Yang Ideal
bismillahirahmanirrahim.
Dakwah yang Ideal,,tajuk ini telah dibincangkan bersama adik-beradik usrah ^^banyak persoalan yang telah kami bincangkan,let's begin our tour with a hadith.
Daripada Abi Said al-Khudri r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya;jika tidak sanggup maka dengan lisannya ; dan jika tidak sanggup maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman."
(Riwayat Ahmad no.11478,Muslim no.49, Abu daud no.1140, dan al-Tirmizi no.2172)
Amar makruf nahi mungkar merupakan perbuatan fardhu dan wajib kifayah. Jika telah ada sebilangan yang buat amar makruf nahi mungkar di sesuatu kawasan maka kita terlepas. Jika semua orang meninggalkannya,maka semua orang berdosa kecuali orang yang uzur.Ibn Masud berkata,binasalah orang yang mengetahui hak dan batil kerana orang yang melihat kemungkaran wajib mencegahnya.
Definisi dakwah
~seruan
~seruan kepada umat Islam tidak kira segi dan peringkat
Mengikut daripada definisi dakwah,dalam berdakwah perlu ade amar makruf nahi mungkar tidak kira umur,status,pangkat dan peringkat. dakwah untuk semua. Tambahan pula,dalam berdakwah perlu adanya visi misi iaitu melaksanakan manhaj Allah.
" Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kebajikan ,menyuruh (berbuat) yang makruf ,dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(Ali-Imran:104)
Rukun dakwah
1.Tajuk dakwah
-tengok kepada siapa kita nak berdakwah
2.pendakwah
-mempunyai akhlak yang baik dan siqah
3.madh'u
-orang yg nak disampaikan dakwah
4.asalib dakwah (cara-cara dakwah)
-ada pelbagai cara berdakwah mengikut waqi',masa dan situasi
Sasaran dakwah
-kepada siapa kita nak berdakwah,merupakan elemen atau item penting dalam berdakwah
1.golongan jahil
2.golongan yang melaksanakan perintah Allah tapi separuh
3.golongan yang anggap baik itu jahat,jahat itu baik
faktor-faktor kejayaan dalam berdakwah :D
kami melihat bagaimana Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada kaum musyrikin Mekkah dan masyarakat Yathrib (Madinah). Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah selama 23 tahun,daripada Baginda berumur 40 tahun(menerima wahyu pertama) hingga 63 tahun Baginda wafat). Baginda menyampaikan dakwah dan wahyu daripada Allah s.w.t dengan membentuk akidah masyarakat ketika itu,menyembah Tuhan Yang Esa. Kemudian Baginda berdakwah dengan menyampaikan hukum mengikut syariat Islam. Al-Quran menjadi rujukan dan syariat Islam menjadi indikator Baginda dalam berdakwah,dalam masa yang sama Baginda berjaya membentuk akhlak masyarakat arab ketika itu. Di sini,saya ingin menyampaikan faktor utama Baginda dalam menyampaikan berdakwah iaitu Baginda menonjolkan sahsiah dan akhlak terpuji pada diri Baginda. Subhanallah,ini yang patut ada pada du'at. Baginda bila berucap tak terpisah antara ucapan dan perbuatan. Maksudnya di sini,buat dulu baru kabo, atau kabo kat orang,dalam masa yang sama buat. Faktor yg terakhir boleh kita ambil adalah keberanian. Semua orang ada keberanian,tapi berani dari segi apa?? eh,jom fikir sahabat,,subhanallah,cantik betul uslub dakwah Baginda s.a.w..sollu ala Nabi.
seterusnya,jom kita kenali apa masalah umat Islam sekarang,mengapa susah sangat untuk didakwah,mengapa susah sangat seorang Islam untuk berdakwah,,mengapa,,mengapa..hek,banyaknya mengapa..ya,kita perlu lihat punca baru dapat solusinya =)
~kelemahan dalam sistem pendidikan
~lemah dalam sikap keberanian
huhu,,kena batang hidung sendiri,,KEBERANIAN,,ayuh jadi muslim berani,,pasakkan keberanian dan kekuatan dalam diri muslimin dan muslimat..
bagi du'at,apa faktor kita gagal dalam berdakwah,,cer pikio?? ^^
Umat islam sekarang malas mengkaji,suruh buat assignment pun main copy paste jer..erk..kita du'at malas mengkaji uslub dakwah yg betul dan uslub dakwah yg dibawakan oleh Rasulullah s.a.w. Pendakwah sekarang lebih cenderung kepada masalah yang lama,contohnya,bab tutup aurat,kita cakap banyak sampai keluarkan hadis dan ayat Al-Quran tapi solusinya dapat tak,,ehek,,cari punca masalah umat Islam,kaji dan cari solusi,,uhuk,,uhuk,, saya salahkan diri sendiri ^^ maaf,, tulisan ini buat para du'at..
Untuk madh'u,apa masalah korang,,ops,,apa masalah anda sebenarnya termasuk diri yang menulis..
Umat Islam sekarang kurang mengenal Allah,tak berusaha untuk mengenal Allah.Umat islam juga kurang menghargai akal yang diberikan oleh Allah,,ish,,ish,,tak patut,Allah bagi kat kita akal free,kenapa kita sia-siakan??persoalan yang saya tinggalkan buat kome yang membaca. Last but not least,umat Islam sekarang terpengaruh dengan barat dan duniawi..ingatlah sahabat dunia ini hanya sementara,akhirat itu kekal abadi..kita harus seimbangkan kedua-duanya dalam kehidupan kita.
Comments
Post a Comment