WHAT IS TARBIYAH?
secara istilah tarbiyah bermaksud memperbaiki sesuatu ,menjaga serta memeliharanya.
tarbiyah islamiah adalah proses penyiapan manusia yang soleh agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi,tujuan,ucapan,dan tindakannya secara keseluruhan.
|
so important in our life ^^
PENTINGKAH TARBIYAH!!!
Diceritakan bahawa jika Rasulullah bertemu dengan anak kecil,Baginda berhenti,menunduk seraya menyapanya dengan lembut serta mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang. Layanan ini diberikan oleh Rasulullah kerana Baginda mengetahui bahawa seorang anak sangat memerlukan perlakuan semacam ini,sebagaimana titisan embun yang menyirami tanaman bunga,sehingga bunga-bunga itu merasakan kesegaran dan kebahagiaan .serta merekah dengan secercah keindahan.
Bertolak dari sinilah,kaum misionaris sangat mementingkan anak-anak.Kita masih ingat akan apa yang dilakukan oleh soviet;mereka mengambil anak-anak mujahidin yg menjadi syuhada dan mendidik mereka dengan kekafiran. Fenomena inilah yg kemudian melatari penubuhan Islamic Centre di Brussel,Belgium. Ketika itu ada sekelompok mahasiswa muslim yg melihat pemandangan yg amat menghiris hati mereka,yakni pemandangan yg terjadi di sebuah stesen kereta api di kota Brussel.
Pada saat itu mereka melihat gerbang kereta api yg dipenuhi kanak-kanak,sementara di pinggir rel kereta api berdiri beberapa pastur,biarawati,dan keluarga-keluarga berwarga negara Belgium melambai tangan selepas pemergian anak-anak itu. setelah segalanya jelas,barulah pemuda-pemuda itu mengetahui bahawa anak-anak tersebut adalah dari keluarga arab muslim yg tinggal di wilayah muslim di daerah Perancis bahagian utara, yang kebanyakannya adalah para buruh.
Dengan alasan bahawa anak-anak tersebut terlantar.maka gereja menawarkan kesediannya untuk menerima mereka dan memberi mereka apa yg diperlukan. Yang lebih mneyedihkan,anak-anak tadi melambaikan tangan dengan linangan air mata berderai. Ini bererti bahawa anak-anak tersebut sudah merasa berat untuk berpisah dari para paderi dan biarawati itu.
Pemandangan ini dapat kita saksikan di setiap jengkal bumi Islam,khususnya di Afrika. Belum terlalu lama,kita menyaksikan ratusan anak palestin yg org tuanya menjadi syuhada pada tragedi pembantaian Shabra dan Shatila. anak-anak kecil ini diangkut ke tempat-tempat penampungan dna gereja-gereja Eropah,dan tak seorang pemimpin negara Islam pun yg berusaha menyelamatkan mereka..
DI MANAKAH KITA?? |
Comments
Post a Comment