WELCOME YEAR 2
WELCOME YEAR 2
marhaban ya fasal awwal sanah thani
Assalamualaikum w.b.t , apa khabar sahabat-sahabat along sekalian,apa khabar iman anda hari ini? menurun atau menaik atau sama , jom kita update iman kita :)
Alhamdulillah , hari ini selamat sudah kami tasjil madah a.k.a daftar subjek bagi semester pertama tahun 2. Daripada pagi semua bersekang mata menunggu giliran ataupun berebut-rebut nak daftar subjek yang dikehendaki. Alhamdulillah , walaupun internet wi-fi Orange JO ini kesiputan sikit , namun kami semua berasa lega dapat mendaftar subjek bagi sesi akan datang , ini bermakna kami sudah senior , tahun sukar untuk ditempuhi, kami dah besar bukan sanfurah (freshie) lagi serta mengahadapi madah-madah yang berat !!!
Kenangan tahun 1 : )
Mula-mula sampai di timur tengah,masih lagi baru dengan keadaam sekeliling,cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di tanah arab. Jejak sahaja kaki di Bumi Mu'tah,sejuk dibuatnya,walaupun di dalam musim soifi (panas). Itu satu keterujaan buat along. Musim panas tapi keadaan angin-angin sepoi yang dingin. Melangkah buat kali pertama di Univeristi Mu'tah,alhamdulillah,ya Allah aku berada di tempat pengajianku yang dikelilingi dengan ulama dna kawasan bersejarah (perang mu'tah dan kawasan kaum Nabi Syuaib). First time masuk ke kelas,tak faham apa yang doktor mengajar di depam,hari-hari balik,belek kitab dan kamus menjadi teman setia,Al-Quran menjadi boyfriend yang paling hot,peneman di kala sedih,sunyi dan gembira.
Semester kedua,ehem,ehem,teman dah faham sikit-sikit apa yang orang arab cakap,muaddal pon dah menaik daripada semester pertama. Alhamdulillah,semester yang tidak disertai kesibukan persatuan dan hanya sibuk menelaah kitab. : ) bersunguh-sungguh teman masa tuh,,eceh
Semester soifi a.k.a semester musim panas,along diberi taklifat dan amanah itu berlansung selama sebulan. Along takut juga nak terima kerana program itu berlangsung selama sebulan dan pada semester soifi, Hanya satu yang along fikir,aku buat kerana Allah dna hanya mampu bertawakal dengan apa yang terjadi. Silap along juga sudah buat perancangan masa study,masa hafalan,tilawah dan tadabbur,namun kekangan masa,masa study along jadi kelam kabut dna along tidak bersemangat untuk murajaah,hanya mampu bermurajaah bersama kawan-kawan,alhamdulillah..walaupun muaddal jatuh sikittt,,tapi untuk semester kali ini along tidak akan berputus asa walaupun ada badai yang melanda. Along tahu Allah nak ajar along sesuatu. MERANCANG DENGAN SEBAIKNYA DAN DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG..senyum : )
Semester pertama kali ini lagi sekali kami akan bertemu dengan musim syita , yeah , winter again.. : D
Sama ada kami menjadi seorang ulat buku , menjadi balak liat atau yang sedang-sedang saja.
Apa perasaan along nak masuk tahun 2 nih? apa persediaan along yer? apa azam along untuk semester ini?
Banyaknyer soalan kat dalam kepala along mujur tak benak jew...
Along teringat Dr Maszlee Malik tulis di dalam artikelnya "Be The Best" : " Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mencapai kecemerlangan bersepadu (comprehensive excellent) di dalam kehidupan mereka." 'Comprehensive excellent' apa itu? Kita sebagai seorang pelajar perlu cemerlang dalam setiap aspek dan bidang.
Bak kata opah along , cemerlang dalam akademik,aktivisme,tarbiyah,akhlak,ibadat,politik,kekeluargaan dan sebagainya.
Jadi sebagai seorang pelajar yang mempunyai cita-cita , dengan ini saya akan menyusun masa dengan teratur dan berdisiplin dalam setiap urusan. Itu adalah persediaan along , setiap ruang masa yang Allah berikan akan diisi dengan perkara yang bermanfaat. Kepada sahabat-sahabat di luar sana yang mengenali along,tegurlah along andai along membazirkan masa walaupun satu saat. Sahabat yang baik akan menegur salah silap sahabatnya. :)
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah mencintai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik)." [HR Baihaqi]
*potong bawang lagi
Along ingin kongsikan beberapa tips kecemerlangan yang along dapati daripada buku "Tips Cemerlang Daripada Al-Quran" karya Dr Zainal Abidin :)
1. Cemerlang dengan menjadi Global Champion
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar , dan beriman kepada Allah..."[Ali-Imran:110]
2.Cemerlang dengan Iman dan Takwa
"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah , niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya..."[At-Talaq:2-3]
3. Cemerlang dengan ilmu serta hikmat
"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa dibri hikmah , sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak . dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat."[Al-Baqarah: 269]
4. Cemerlang dengan ilmu semasa
5. Cemerlang dengan membaca dan meneliti Al-Quran
6. Cemerlang dengan wawasan
7. Cemelang dengan merancang
"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya."[At-Taubah:122]
8. Cemerlang dengan ikhlas
9. Cemerlang berlandaskan syariat
10. Cemerlang dengan menegakkan ibadah
:) semoga ianya bermanfaat untuk kome yang membaca
:: BE THE BEST::
Tajdid niat dalam menuntut ilmu
"Allah sebaik-baik perancang"
-along aliah-
3.33pm
28/8/2013
Bayt Aflah
Mu'tah,Jordan
Comments
Post a Comment