Diskusi-CINTA MAHASISWI- :)

alhamdulillah,selesai sudah diskusi yang dibawakan oleh BSK PERMATA,maaf atas beberapa sebab along tidak dapat menghadirkan diri :') namun begitu saya ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil cakna oleh mahasiswi berkenaan dengan cinta <3 seorang MAHASISWI :)

"Cinta bukan tujuan,tapi hanyalah jalan,cinta bukan matlamat,tapi hanyalah alat."-Ustaz A.Ubaidillah



apa itu cinta?apa yang dimaksudkan dengan cinta sahabat2 along sekalian?

DUNIA ARAB,KAYA DENGAN BAHASA CINTA <3
Tidak kurang daripada 60 patah perkataan yang dikaitkan dengan cinta sebagaimana disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jawziyyah..Along memilih lebih kurang 10 perkataan yang berkaitan dengan mahasiswi :)
~al-mahabbah bermaksud kasih sayang
~hawa bermaksud hasrat,nafsu dan kerinduan
~al-shabwah bermaksud kerinduan
~al-balabil bermaksud yang gelisah
~al-ghamarat bermaksud yang tidak cerdik,lalai dan mabuk
~al-syajanu bermaksud yang berkemahuan
~al-futun bermaksud cubaan dan dugaan
~al-khullah bermaksud satu cinta
~al-khilmu bermaksud sahabat
~al-huraqu bermaksud satu cinta

bagi along cinta adalah unsur yang membahagiakan orang yang melaluinya.
"Suara hati berkata,suara rasa berbicara,suara jiwa berbisik"
tepuk dada tanya IMAN .. ngee

cinta mahasiswi,along highlightkan beberapa perkara CINTA dalam kamus hidup along ^^

1.cinta kepada Allah
2.cinta kepada Rasulullah 
"Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintainya.lebih daripada cintanya kepada dirinya,anak-anaknya,ahli keluarganya dan manusia seluruhnya."[Muttafaq alaih]
3.cinta kepada agama yakni Islam 
4.cinta kepada ibu bapa
5.cinta kepada adik-beradik dan saudara mara
6.cinta kepada sahabat
7.cinta kepada ilmu
"hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat & marah dapat dikekang utk melaksanakan perkara2 yg bermanfaat"-Ihya Ulumuddin;Imam al-Ghazali
8.cinta antara syabab dan akhwat (al-hubb ba'da zawaj)
9.cinta kepada jemaah dan ummah

along highlightkan lagi perkara/cinta sampingan yg akn dihadapi oleh mahasiswi selepas ini yakni cinta SAHABAT & cinta antara syabab dan akhwat (antara ujian yg Allah kirimkan kpd kita)

cinta sahabat..biarlah cinta kerana dia merupakan rakan seaqidah kita bukan berukhwah kerana atas dasar sesuatu agenda ataupun atas dasar sama fikrah..biar kita semua berbeza fikrah,manhaj,jemaah,parti ataupun asal-usul keluarga..perbezaan itulah yg akan merapatkan ukhwah kita sebagai ummat Islam yang sealiran aqidah.betul atau tidak?
"Sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara."
"Tidak beriman(secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia mencinta saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."[Riwayat Bukhari]

cinta antara syabab dan akhwat...semua orang akan lalui ujian ini,sangat berat bukan ujian,bagaimana untuk kita mengatasinya mahasiswi sekalian sebagai seorang penuntut ilmu...scroll balik kata2 Imam al-Ghazali. ^^
couple bukanlah jalan terbaik bagi saya dalam hal cinta ini..perasaan aneh ini kalau tidak dibajai dengan benih iman,takut ia tumbuh sebgai pohon yg tidak sihat. Bersabarlah dalam menjaga hati.
"Saya ingin tegaskan kembali apa yang saya selalu katakan,saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah(al hub qabla az zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat."-Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi

CINTA ITU FITRAH,ILMU ITU AMANAH,IMAN ITU PERLU DIASAH,MAKSIAT ITU PERLU DICEGAH  wallahualam


-along aliah-
12.55pm,27/9/2013
-Bayt Aflah,Mu'tah-
Jordan

S.E.N.Y.U.M :)






Comments

Popular Posts