ABI
Hari ni nak cerita sikit tentang Abi. Ayah aku. Tak banyak pun cuma nak bagitahu, selepas aku ke Sarawak untuk mencari pendapatan sendiri, sedih tapi dah biasa berjauhan dengan famili. Perasaan tu dihinggapi perasaan bersyukur. Moga ini adalah medan perjuangan yang kau sendiri tak bayangkan. Sejak aku pergi ke Sarawak, suatu hari aku dapat tahu ayah aku kemalangan dengan sebuah bas. Masa itu aku di sekolah, dan aku tak pernah bayangkan di mana ayah aku akan kemalangan. Apatah lagi dengan bas. Memang aku risau sangat. Aku ingat lagi hari itu hari Khamis. Kemudian, adik-adik aku hantar gambar. Scene kemalangan. Ayah aku selamat, tiada kecederaan di mana-mana cuma kereta agak teruk. Aku ada beberapa minggu lagi nak pulang ke Semenanjung. Tak sabar sangat nak jumpa Abi masa tu. Apa yang aku bersyukur sangat. Naluri seorang ayah itu mungkin dia tahu kita risau dengan keadaan dia, dan dia sendiri rasa risau dengan apa yang kita alami di alam pekerjaan yang jauh dari kampung halama...