HADIAH DARIPADA ALLAH

Di satu sudut bilik bertaraf dua bintang itu,kamu berteleku di atas katil menghadap tingkap berkaca dihinggapi habuk-habuk dan pasir-pasir Pekan Mu'tah berbenuakan benua Eropah. Antara negara Eropah yang berpadang pasir dan dikenali sebagai Negara Arab. Kamu khusyuk sekali menghafal kalam-kalam Allah daripada kitab agung Al-Quran. Kamu menghafal lagi,menghafal lagi sehingga kamu penat dan letih. Kamu mengulangi ayat yang sama kerana kamu tahu,kamu lemah dalam hafalan. Kamu perlukan kejuhudan dalam menghafal.

Seringkali kamu teringat dan terngiang-ngiang di cuping telinga kamu kata-kata Doktor Jamal,'pelajar Kuliah Syariah bukan pelajar kuliah Tibb,handasah,atau pelajar kuliah lain. kamu harus juhud dalam menuntut ilmu agama.' kadang-kadang,mutiara kata itu hadir sekejap dan berlalu cepat seperti kereta api jepun.

Sering kali kamu bertanya pada diri kamu,mengapa kamu lambat dalam menghafal,apakah kerana kamu terus-terusan melakukan maksiat,atau kamu tidak membahagikan masa dengan baik atau apa sebenarnya?



---------------------------------- ***

ya Allah,hamba ini hanyalah hambamu yang sering melakukan kesilapan. hambamu ini seorang yang lemah. Bantulah hambamu ini juhud dalam menghafal kalam-kalammu.

---------------------------------***

Hadiah daripada Allah ini,kamu menangis kerana kamu bersungguh-sungguh untuk menghafalnya walaupun satu ayat. Kamu ulang dan kamu ulang agar kamu ingatnya bukan sahaja di akal tetapi di hatimu. Kamu melihat sahabatmu sudah bersaing denganmu dalam hafalan,kamu kata moga kami terus istiqamah.

Allah menghadiahkan nota cinta ini bukan untuk dibaca sahaja tetapi untuk memujuk kamu,menasihati kamu,memberi kamu jalan dan petunjuk supaya kamu ada pegangan dalam hidup kamu. Kamu yakin kalam-kalam ini bakal menjadi saksi ke atas diri kamu. Hadiah ini sangat istimewa buat kamu. Hadiah ini Allah turunkan kepada Rasulullah saw melalui Malaikat Jibril. Kamu faham turutan itu,tetapi kamu masih tidak berputus asa untuk menyahut seruan Allah menghafal,mentadabburi dan belajar kalam-kalamNya.



PAKATAN LIDAH,AKAL DAN HATI DALAM MEMAHAMI AL-QURAN

LIDAH : membaca secara perlahan-lahan dan teratur
AKAL : merenung dan memahami makna
HATI : menerima isi al-Quran yang berunsur perintah mahupun tegahan daripada Allah

Kamu yakin suatu hari nanti kamu mampu menghafal kalam-kalam Allah dan tersemat di akal dan hati kamu. Terima kasih ya Allah.

KAMU HARUS BERUBAH BUKANNYA MENANTI :)

-along aliah-
5.56pm | 8/3/2014
bayt Aflah,Mu'tah

KEEP CALM AND HIFZ QURAN :)

Comments

Popular Posts