THE BOOK THIEF

THE BOOK THIEF



“BACALAH’’[AL-ALAQ:1]

The Book Thief,sebuah filem yang sangat bermanfaat untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan. Penulis mengambil filem ini daripada seorang sahabat penulis. Dia mengesyorkan penulis menontonnya kerana filem ini berkisar seorang gadis buta huruf dan berkeinginan untuk membaca buku.
Pengenalan filem . file mini diadaptasi berdasarkan sebuah novel karya Markus Zusak yang bertajuk ‘The Book Thief’. Tidak silap penulis novel ini mendapat anugerah. Akhirnya difilemkan oleh pengarah Brian Percival. Modal yang digunakan hanyalah sebanyak $19 million dan mendapat pulangan box office sebanyak $68,411,861.Banyak anugerah yang mereka dapat hasil daripada filem ini. Pembaca boleh ‘search’ di Wikipedia untuk ketahui lebih lanjut.

Ulasan mengenai filem ini berkisarkan seorang gadis berusia 12 tahun yang tidak pandai membaca dan menulis. Berlatar belakangkan pada zaman Nazi German ketika itu Perang Dunia ke-2 meletus dan peperangan antara Nazi dengan Komunis dan Jew (Yahudi). Menariknya filem ini mempunyai seorang ‘narrator’ iaitu dikenali sebagai Angel of Death (Malaikat Maut). Dia menceritakan kehidupan si gadis yang bernama Liessel bersama adiknya untuk dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri iaitu Hans dan Rosa. Namun begitu,ketika mereka (Liessel dan ibunya,seorang komunis) dalam perjalanan ke Heaven Street (Jalan Syurga) menaiki kereta api dan dalam keadaan cuaca salji yang amat tebal,adiknya meninggal dalam pertengahan jalan. Selepas upacara pengebumian adiknya, Liessel terjumpa sebuah buku yang telah dijatuhkan oleh seorang penggali kubur. Maka,disinilah kembara Liessel bermula iaitu berkeinginan membaca buku.

Tidaklah mahu,penulis menceritakan keseluruhan cerita ini dan membuat synopsis. Keberkesanan filem ini kepada penulis adalah keinginan membaca yang mendalam agar tidak digelar bodoh seperti keldai. Liessel asalnya seorang yang tidak tahu membaca dan digelar ‘bodoh’ oleh rakan sekelasnya membuatkan dia bertekad untuk pandai membaca. Ayah angkatnya,Hans,menyedari gadis berani itu tidak pandai membaca,dia mahu mengajar anaknya membaca dan dia menyediakan satu tempat untuk Liessel membaca dan menulis. ‘The Basement’,bilik bawah tanah merupakan  tempat yang gelap dan sepi mempunyai ‘Dictionary Wall’,kata Hans, “apa perkataan yang kamu tidak tahu dan baru dapat daripada buku,tulislah di sini”. Begitulah nasihat dan dorongan seorang ayah kepada anaknya untuk sentiasa belajar dan belajar.

Kedua,ada satu babak penting di mana tercetusnya keinginan yang tinggi dan meluap-luap gadis ini untuk membaca buku. Semasa ibu tirinya,Rosa menyuruh Liessel menghantar pakaian yang telah didobi ke salah sebuah rumah agam. Terdapat sebuah perpustakaan di dalam rumah agam itu membuatkan keinginan Liessel untuk selalu datang ke rumah tersebut,tambahan pula,diizinkan isteri pemilik rumah tersebut bernama Ilsa.
Pencinta buku sudah tentu mencintai buku dan sedih apabila melihat buku-buku dibakar. Situasi ini terjadi ketika Adolf Hitler memerintah German dan telah dirakamkan dalam filem ini. Penulis teringat dalam sejarah peradaban islam,Hulagu Khan seorang pemerintah Monggol ingin menguasai Baghdad melakukan penyembelihan berdarah umat islam hamper 800,000 orang. Beliau memusnahkan Perpustakaan Awam Baghdad yang mempunyai dokumen –dokumen dan buku sejarah berharga. Rakyat yang selamat mengatakan air Sungai Tigris menjadi hitam akibat dakwat daripada buku-buku yang dibuang ke dalam sungai. Wallahualam.

Bagaimana Liessel boleh menjadi seorang pencuri buku di rumah agam milik Ilsa dan suaminya. Kedua ibubapa angkat Liessel menyembunyikan seorang Jew(Yahudi) bernama Max di bilik bawah tanah agar tidak ditangkap oleh Nazi German. Bilik bawah tanah itu sejuk dan menyebabkan Max mengalami sakit yang serius akibat kesejukan. Bagi menyembuhkan Max dan mengembalikan semangat kepada Max,Liessel mencuri buku-buku daripada perpustakaan rumah agam tersebut. Mula-mula penulis ingat watak Max ini menggambarkan Karl Max,rupanya dia seorang Yahudi sedangkan Karl Max pembawa aliran Komunis.

 Begitulah si pembaca buku yang sanggup mencuri buku dan berkongsi cerita bersama orang lain. Sesi dialog dalam filem ini,

Rudy : awak dah lupa pintu hadapan rumah ini dan masuk ikut tingkap.

Liessel : tak,saya hanya meminjamnya.

Okay,nasihat penulis,ambil yang baik buang yang keruh. Hal ini kerana,dalam Islam tidak menyuruh kita mencuri.  Apa yang ingin penulis tampilkan adalah watak Liessel yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agar tidak digelar bodoh. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YANG KADANG-KADANG MALAS MEMBACA DAN MENJADI SEORANG YANG ‘CURIOUS’.

This film lots of humanity.

Boleh search Wikipedia untuk ketahui lebih lanjut tentang filem ini dan menonton thriller di you tube.

Wallahualam.








DESPITE EVERY EFFORT.NO ONE LIVES FOREVER

-ALONG ALIAH-
8.11 PM | 26 MARCH 2014
BAYT AFLAH,MU’TAH
JORDAN


Comments

Popular Posts