SPM KAMI !!!

Bismillahirahmanirrahim

Semoga Allah memohon ampun hamba yang menulis



Dear adik-adik SPM
Alhamdulillah, semalam kalian sudah menerima natijah (result) SPM 2013. Ada yang cemerlang,tersenyum lebar,bersyukur kerana apa yang diusahakan hasilnya cemerlang. MasyaAllah. Ada yang hasilnya biasa-biasa saja,alhamdulillah,ini yang mampu aku buat. Namun,ada sahabat kita yang menangis,sedih kerana inikah hasilnya selama dia belajar dan berusaha. Natijahnya tak sebaik dua golongan di atas.

Adik-adik SPM,warkah ini bukan untuk golongan yang mencapai keputusan cemerlang tetapi buat yang kecundang. Ketahuilah,adik-adik SPM, keputusan kecundang bukan bermakna kalian tidak bernasib baik dan kemungkinan ada yang mengatakan di antara kalian 'Allah tidak sayang aku.' Jangan adik-adik mengatakan demikian. sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Realitinya adik-adik,si penulis ini juga seorang yang kecundang dalam SPMnya. Natijahnya tidak cantik secantik natijah sahabat-sahabat yang lain.'A' lurus.  'A' tambah bertambah tambah.

Si penulis menangis. Mengenangkan masa hadapan. Ummi si penulis kata, "muka ceroi bila dapat result,lain kali belajar sungguh-sungguh" Si penulis bermonolog, "ya Allah berikanlah aku jalan terbaik untuk menggapai kejayaan." Si penulis akur dengan ujian Ilahi. ya,ini ujian untuk si penulis. Si penulis tahu,dia telah mengecewakan ummi dan abi. Si penulis tahu kedua ibu bapanya kecewa dan malu bila melihat anak sahabat-sahabat mereka mencapai keputusan yang sangat baik. "anak si fulan dapat keputusan begini,tak lama lagi nak masuk u ni, u itu,ada yang nak ke madinah,ada yang nak terbang ke sana sini." Begitulah seharian si penulis menadah telinga mendengar keluhan ummi dan abi. "maafkan along." hanya mampu terbit daripada hati saja. Si penulis terus melakukan kerja-kerja seharian,membuka kedai dobi tiap-tiap pagi,mengemas rumah dan menjadi pengasuh kepada adik-adik. (aktiviti suri rumah)

Hari-hari si penulis terfikir, 'aku nak masuk universiti mana dengan result yang sebegini." Si penulis bertekad mahu belajar ke Jordan. Si penulis meluahkan rasa kepada ummi dan abi. Ummi dan abi menyokong setelah melihat kesungguhan anaknya itu. Bila tengok syarat,kira-kira kredit. LAYAK MEMOHON. Alhamdulillah,syukur di hati. Terima kasih ya Allah,mungkin inilah jalannya. si penulis menerima banyak tawaran sambung belajar daripada kolej/universiti swasta. Hanya satu kolej si penulis terima. KISDAR.

Saat kaki menjejak ke KISDAR,bertekad dalam diri.'Saat ini aku akan berubah,menjadi seorang pelajar yang berjaya,yang mampu memimpin dan tidak akan pandang belakang lagi.' ya bermulalah di sini. Namun,si penulis memohon juga permohonan ke Jordan. siapa tahu dapat?

Penulis belajar daripada bawah. Semasa minggu orientasi,penulis cuba berpartisipasi melontarkan pandangan dan mengaktifkan diri. Walaupun tidak ke hadapan sangat,penulis cuba. Sejak masuk ke kolej,penulis cuba menuai kembali tabiat suka membaca buku dan berkongsi tetapi,kenyataannya,sebijak mana sahabat penulis daripada penulis. Ada yang tidak suka membaca dan berkongsi ilmu. Sadis. Penulis keseorangan dalam membina jati diri dan hanya meminta pandangan daripada akak-akak yang suka berkongsi ilmu. Ukhti-ukhti KISDAR pemberi semangat. 'afaf,nanti ada kuliah,jemput datang','afaf,nanti ada bedah buku oleh pensyarah sekian sekian,jemput datang.' Begitulah,tabiat si penuntut ilmu. Si penulis bersemangat dan terus bersemangat.

Kuliah bermula.Si penulis mengganggap classmate adalah sahabat yang bakal menggapai kejayaan bersama dan juga seorang pesaing dalam menuntut ilmu. Belajar dari bawah lagi. Kelas maharat orang panggil. Kelas asasi bahasa arab sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Diploma Syariah. Hari-hari,penulis akan bertemu mata dan bertanya di dalam kelas dengan pensyarah. Segala tugasan yang diberikan,penulis cuba menyiapkan sebaik yang mungkin dan ternyata pensyarah memberi pujian dan dorongan. Tak lokek dengan kata-kata nasihat yang dapat diambil. Subhanallah. tidak pernah marah tetapi dorongan untuk mencapai kejayaan.

Membina jati diri dengan kepimpinan. Persatuan pertama penulis mendaftarkan diri adalah Persatuan Silat Olahraga,penulis minat dengan aktiviti lasak hakikatnya ummi penulis tidak berapa memberi kerana penulis sendiri mengalami sakit jantung semasa kecil dan sekarang alhamdulillah,kurniaan Allah,penulis sihat. Persatuan kedua,Persatuan al-Furqan,satu badan persatuan berkaitan dengan perkara ilmiah. Bila di lihat balik,penulis memilih dua badan yang berbeza dan seimbang untuk penulis beraktiviti. Biar seimbang otak,rohani dan jasmani.

Dua bulan berlalu,itulah kisah budak yang tidak cemerlang dalam SPMnya dan akhirnya selepas dua bulan,alhamdulillah,permohonan diterima melanjutkan pelajaran ke Jordan. Walaupun Malaysia tak mahu terima penulis melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan,universiti negara lain mahu. kata-kata ini pernah terdetik di hati penulis.

Alhamdulillah,sudah dua tahun berada di bumi Jordan dan penulis menerima banyak pengalaman di sini. Tarbiyah kembara ilmu bertambah dengan nekad untuk berjaya dan menggembirakan hati ummi abi. Tahu atau tidak,kadang-kadang result penulis di Jordan sama rata dengan pelajar yang SPMnya lebih cemerlang daripada penulis. Bukan senang hendak mengembalikn senyuman di wajah mereka. Ummi abi,tersenyumlah,insyaAllah anak-anakmu akan membawa pulang kejayaan walaupun bukan di atas kertas sijil SPM. Kami tak mampu di atas kertas sijil tertulis SPM, mungkin Allah nak mengurniakan kejayaan kami di masa hadapan yang bakal menggembirakan hati ummi abi lebih daripada segala-galanya. Adik-adik along,belajarlah kerana Allah. :)



Akhir kalam,dengan usaha dan nekad kalian bakal mencapai kejayaan.

Memetik kalam Aiman Azlan :)

  Saya dapat straight A1 waktu SPM 2007. 

Time tu memang riuh. Tapi keriuhan yang sementara. Selepas beberapa ketika, tiada siapa yang sebut-sebut lagi. 

Saya sekarang pun bila fikir balik SPM, macam "meh". Ia tidaklah se-epik yang diiklankan. 

Ya, SPM itu penting tapi ia bukan segala-galanya. 

Walaupun SPM straight A1, itu tidak bermakna universiti saya straight A. Tak straight A pun. Boleh kira dengan sebelah tangan bilangan A yang saya dapat dalam 4 tahun di universiti. Ada yang tak straight A1 macam saya, tapi di universiti dia cemerlang.

Cemerlang SPM tidak menentukan cemerlang universiti. Tidak cemerlang SPM tidak menentukan tidak cemerlang universiti.

Cemerlang atas kertas pun tiada maknanya jika tidak cemerlang agama dan akhlaq, dan jika tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Amik result SPM, syukuri apa yang anda dapat, dan move on. Honestly, cemerlang atau tidak, result tu tidak ada maknanya in a few years.

Jangan kita bangga sangat dengan kecemerlangan yang lalu. Fokus kepada hari ini. Adakah anda cemerlang hari ini?

Kerana hari ini masih lagi dalam kawalan anda.

All the best SPM leavers!


ps....

selamat menjadi alumni SPM :) apa yang penting,sudak jatuh,jangan terus terjatuh..BANGUN MENUJU KEJAYAAN,langkah anda bukan terhenti setakat ini :)



-along aliah-
12.55 pm | 21 Mac 2014
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan

Comments

Popular Posts