OBSESI ANAK MUDA

Anak muda. Ada apa pada anak muda?Anak muda adalah golongan yang baru hidup setahun jagung di atas muka bumi ini tetapi mampu menggegarkan dunia. Anak muda pada era ini,dikenali sebagai manusia yang obses dengan perkara-perkara yang dicintai. Mereka sentiasa ingin mencari dan mencari sesuatu perkara sehingga mereka mencintainya sepenuh jiwa. Anak muda juga dikenali sebagai insan berdarah muda yang sentiasa membara ibarat api yang tidak boleh dipadam.

Pada era ini,seperti yang diketahui umum,anak muda obses dengan perkara-perkara yang lagha,hedonisme dan maksiat serta membuang masa. Gajet,hiburan,music,seks,majalah dan fesyen. Mereka ini adalah golongan majority yang terpengaruh dengan idealism hiburan. Tetapi,siapa pula golongan minority?

Al-Quran bertutur tentang anak muda di dalam firmannya, “ Dan orang-orang yang beriman, dan generasi mereka mengikuti mereka dalam keimanan. Kami hubungkan generasi mereka dengan mereka ,dan Kami tiada mengurangi sedikit pun pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” [At-Thur:21]

Ya,merekalah ini golongan minority. Golongan di mana mereka menghasilkan generasi yang baik sebagai pengganti perjuangan generasi sebelumnya. Apa golongan minority ini lakukan? Obsesi anak muda golongan minority,kita lihat bukan,perjuangan anak muda ini,ada yang berjuang menegakkan keadilan dalam politik,kebajikan dan kemasyarakatan,pendidikan serta ada yang berminat dalam sukan dan rekreasi berbanding obsesi anak muda golongan majority yang lebih sukakan hiburan dan fesyen.

Obsesi anak muda minority

Mereka ini adalah satu golongan yang sedar akan perubahan ketamadunan dan kemajuan. Mereka juga sedar mereka adalah golongan pemuda yang bakal menegakkan Islam pada masa akan datang kerana mereka bakal pemimpin pada masa akan datang. Mereka sentiasa mencari kebenaran di sebalik pintu kegelapan dan kejahilan.

Jika diamati anak muda yang obses dengan perkara kebaikan,mereka adalah golongan yang ditarbiah oleh ibu bapa dalam kondusi yang baik,pendidikan luar dan dalam dengan sempurna serta pengetahuan am dan agama diberikan juga.

Anak muda yang sukakan kebaikan,mereka mengerti bahawa Allah adalah penguasa mutlak buana ini. Mereka bersatu menegakkan kebenaran dan berukhwah bertunjangkan satu aqidah iaitu percaya kepada Allah. Mereka bukan sahaja bersahabat dengan sesama agama sahaja malah berlainan agama juga.  

 Mereka juga mengerti remaja zaman sekarang (majority) seolah-olah leka dengan dunia sendiri namun mereka ini satu golongan yang bangkit untuk menyedarkan sahabat-sahabat mereka daripada terus hanyut dibuai mimpi yang dicipta oleh musuh-musuh Islam. Musuh Islam yang mempunyai agenda tersendiri bagi menghancurkan anak muda Islam.

Anak muda berkepimpinan,ya,semua anak muda mampu memimpin. Tidak kira dia di tempat atas sekali atau di bawah sekali di dalam suatu organisasi namun dia mampu memimpin. Hatta,namanya tiada dalam organisasi,dia mampu memimpin diri sendiri. Anak muda sentiasa mencari-cari apa yang dia mahu,hanya dengan kepimpinan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah,dia mampu melakukan amal kebaikan dan kebajikan.

Firman Allah swt : “ Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.” [al-Bayyinah:7]

Saya sarankan pembaca membaca sebuah artikel yang bertajuk ‘Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini’ oleh Abu Ala al-Maududi.

Obseskan diri kita dengan perkara ilmiah dan kebajikan,ianya bukan sahaja mmberi nilai dan mendapat ganjaran daripada Allah malah membantu sahabat-sahabat agar tidak terus lalai dan hidupnya mendapat kemurkaan Allah. Sahabat-sahabat pembaca sering melaungkan ‘ukhwah till jannah’,’mahu reunion sama-sama di syurga’ dan sebagainya. Namun, apa kita pemuda lakukan. Terus berdiskusi,diskusi tanpa bergerak dan berusrah hanya untuk diri dan bukannya untuk sahabat. Itu bukan anak muda,anak muda harus berfikir,berdiskusi dan bergerak. Anak muda pencetus.

Penulis masih lagi mentah dan penulis juga seorang anak muda,jadi ayuh..BANGKIT!!!

TERUSKAN TERSENYUM WAHAI ANAK MUDA



-along aliah-
7.05 am | 18 Mac 2014
Bayt Aflah,Mu’tah

Jordan

Comments

Popular Posts