Buddy and me :)
Malam itu,mendengar desiran angin sepoi-sepoi bahasa dari
dataran Pantai Aqabah,meyaksikan pelbagai ragam manusia di ceruk Pekan aqabah
yang terkenal dengan Pekan Bebas Cukai,maka tidak heranlah ianya menjadi tumpuan
pelancong dan warga Jordan,pekan kecil itu dihiasi dengan lampu
berwarna-warni,dicemari dengan bunyi-bunyian manusia,kereta hatta kuda
sekalipun,aku berada di dalam salah sebuah coaster berdekatan dengan Masjid
Lama Aqabah,aku sendiri tidak mengetahui apa nama masjid tersebut,hati ini pada
malam itu sedikit gelisah kerana memikirkan sahabat daripada Mesir bakal
menziarahi Jordan dan menumpang bermalam di rumahku, ‘Ya Allah,mudahkanlah
perjalanan sahabatku itu’,desis hati kecilku lantas aku menelefon roomateku,Juju…
“assalamualaikum,Juju. Along nih,kawan along dah sampai?”
“oh entahlah Juju pun tak tahu.” Juju bermain teka-teki dengan
aku.
“oh takpe,along call abang dia tapi tak dapat,along try call
lagi sekali.”gusarku yang agak kegelisahan kerana sahabatku itu sepatutnya
sudah sampai semalam. “eh along tak payah,dia dah sampai maghrib tadi,abang dia
hantar,ni ada ni,tengah solat.”ujar Juju. “la iye ker,oklah,along dah nak gerak
balik..”
Malam itu aku agak excited kerana sahabatku,Seha yang aku
anggap dia sebagai buddy akan ke rumahku,walaupun tujuannya hendak menziarahi
abangnya,ustaz Iju,cukuplah aku memberinya tempat menetap dan makan dan
bermalam di rumah aku. Malam itu,aku berdoa agar dipercepatkan perjalanan ini
sebab aku tak sabar-sabar nak sampai ke rumahku di Mu’tah. Malam yang hening
dan hanya kedengaran ayat-ayat Quran yang dipasang oleh driver coaster dan
orang lain semua sudah melelapkan mata akibat keletihan berjaulah,namun mataku
ini tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah berkali-kali ku cuba memejamkan
mata.
Perkara ini sama berulang ketika malam semalam Seha hendak
pulang ke Mesir. Aku tidak dapat melelapkan mata. Entahlah,pelbagai perasaan
bercampur-baur,sedih dan rasa bersalah kerana tidak mampu menjadi sahabat dan
tuan rumah yang baik sepanjang permusafirannya ke Jordan.
Seingat aku,pada malam aku sampai ke Mu’tah,aku melihat Seha
sudah lena dibuai mimpi dan aku pun tertidur di katil Juju kerana keletihan
berjaulah selama dua hari dua malam,esok akan berjaulah lagi dua hari dua
malam. Tepat pada pukul tiga pagi,jam locengku membuat bising dan aku
terbangun,aku melihat stau figura yang tidak asing di mata bundarku ini, “Seha
ke tuh?”tegur aku. “ya.” Seha menjawab. Dalam keadaan yang mengantuk,walaupun
aku agak terpempan,aku tegur dia dengan nada yang tidak comel didengar apabila
berjumpa sahabat lama, “Seha,kejut aku pukul 4,mengantuklah,pukul lima dah nak
gerak ke coaster,” aku memberikan arahan. Agak kelakar di situ menyambut tetamu
seperti itu sepatutnya bertanya khabar tetapi mengantuk menguasai jasad dan
rohani. Apakan daya,terus aku menggantikan Seha di tempat dia berbaring tadi. Teruk.
Alhamdulillah,kami berjaulah bersama dua hari dua malam ke
bahagian utara Jordan. Balik daripada jaulah,dengan duit yang ada ketika itu
hanya lima dinar kira-kira aku dan dengan keadaan internet rumah tidak ada,aku
tidak tahu nak bawa Seha ke mana. Sahabat-sahabat daripada Irbid dan Amman yang
sama kelas dengan aku agak kecewa atau marah mungkin kerana aku tidak membawa
Seha ke sana untuk reunite. Jadi aku mengambil keputusan untuk menumpangkan
Seha tidur dan belanja makan sahaja memandangkan abangnya yang aku tidak pernah
kenal sebelum ini ada di Mu’tah dan satu university dengan aku. Aku bersyukur
padaMu ya Allah. Insan kerdil ini tidak mampu membahagiakan sahabatnya namun ada
insan lain yang membantu. Terima kasih jugaklah ustaz Iju sebab wujud di Pekan Mu'tah ini. Maaf ayat agak sarkastik sikit,terima kasih bebanyok deh dan minta maaf bebanyok jugak ,,peace
Dear Seha,maafkan aku kalau tidak mampu menjadi sahabat dan
tuan rumah yang baik sepanjang permusafiran kau ke Jordan. Sahabat-sahabatku di
mantiqah lain,maafkan aku juga,aku bukan sahaja agak sibuk namun kekangan wang
dan masa membataskan untuk aku membawa Seha berjalan-jalan di tempat korang. Sorry.
My buddy,semoga ko dapat sesuatu yang bermanfaat di Jordan. Maaf
ada salah silap,terkasar bahasa,tersalah laku dan tersilap bicara sepanjang ko
duduk di rumah kecil ini. Terima kasih kerana memahami dan terima kasih kerana
membantu aku menolong jiran atas pindah rumah.heheh… Selamat belajar dan semoga mendapat pengalaman berharga selama dua minggu di Bayt Aflah...
Ahaks…sorry guys,ayat agak jiwang sikit,,hahaha
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada
Allah agar kamu mendapat rahmat.” [al-Hujurat:10]
ohhoit.. hahaha
ReplyDelete