Perkongsian : PENULISAN DAKWAH

Bismillahirahmanirrahim

Pada 8 Februari 2014,saya dijemput sebagai Panel Bengkel Penulisan Dakwah anjuran HELWANIS PERMATA bagi mengisi masa lapang para akhwatys di waktu cuti. Saya hanya menjangkakan dalam sepuluh orang daripada kalangan Helwanis yang bakal hadir,namun saya gembira dan ucapkan tahniah kepada enam orang peserta yang hadir. TAHNIAH!! :) semoga anda bakal menjadi seorang penulis dakwah yang menghasilkan apa-apa sahaja karya ilmiah dan dakwah bagi mengajak manusia ke arah kebaikan serta memberi peringatan kepada manusia yang lain.

MAJU MENGALIR BERSAMA DERU DAKWAH

setiap perkara pasti kita akan melihat takrif dahulu di sebalik sesebuah perkataan. Tidak molek sekiranya saya tidak menerangkan apa itu PENULISAN DAKWAH :)

Penulisan : satu kegiatan memikir,mengkaji,memilih,merakam dan menulis sekumpulan pengalaman diri hasil daripada pemerhatian,pengalaman dan pemikiran seseorang pengkarya. perkembangan ilmu pengetahuan dapat disalurkan dalam bentuk penulisan dan terhasilnya buku-buku dan manuskrip.

Penulisan dakwah : penulisan dakwah merupakan aktiviti penyampaian maklumat tentang Islam yang mengajak manusia ke arah kebaikan serta memberi peringatan kepada manusia yang lalai. ianya bukan sahaja menegur dan menasihati tetapi mentarbiah manusia agar jiwanya terkesan mencintai Allah swt,Rasul-rasulNya dan patuh suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.



saya sempat menerangkan model penulisan dakwah,kita boleh lihat cara penulisan yang dirakamkan di dalam Al-Quran,Allah swt menggunakan pelbagai gaya bahasa dan uslub penulisan bagi menarik perhatian kita yakni hambaNya untuk membaca dan mentadabbur kalam-kalamNya. saya bukanlah pelajar yang belajar gaya bahasa di dalam bahasa arab tetapi saya memerhatikannya dalam konteks bahasa melayu. dalam konteks bahasa melayu sahaja sudah indah untuk kita katakan apatah lagi di dalam bahasa arab yang sememangnya bahasa yang sangat indah dan bahasa syurga :) masyaAllah :)

Okay,ini sangat penting bagi penulis dakwah yang bakal menulis hal berkaitan perkara ilmiah di dalam karyanya iaitu ciri-ciri penulis dakwah :

1. cintakan Allah swt dan RasulNya
2. sentiasa membaca dan mengkaji
3. berdaya kreatif dan inovatif
4. kemahiran menulis dan menguasai IT
5. disiplin diri
6. gaya penulisan tersendiri
7. mengahargai pengalaman
8. sensitif

TIP-TIP PENULIS
- penulis mestilah banyak membaca pelbagai bentuk genre bahan bacaan seperti cerpen,novel,rencana,berita,isu,travelog dan sebagainya tidak kira ianya karya fiksyen atau non-fiksyen
- penulis perlu beramal dan menghayati Islam sepenuhnya.
Kata salah seorang senior: bagaimana kita ingin sampaikan perkara yang baik kepada orang lain sedangkan kita sendiri tidak buat? adakah ia akan masuk ke hati mad'u sedangkan daie masih tidak lakukannya.?
-Dean Wesley Smith : "..the more you write,the better your skills become,with each story.each novel,you are telling better and better stories. Its called practice but again,no writer likes to think about that evil word."
- memiliki buku nota dan pen dan membawanya ke mana-mana sahaja,ianya bagi memudahkan kita ketika tercetusnya ide,agar ide itu tidak lari ke hulu ke hilir :)
-mendengar dan mengkritik tulisan sendiri,tidak ramai penulis mmapu mengkritik tpenulisan se diri,kaedah untuk mengkritik tulisan sendiri adalah dengan MEMBACANYA SECARA KUAT
-penulisan yang ringkas dan padat
-masa menulis ada tiga : sebelum menulis ( membaca,mencari bahan rujukan,meneliti dan mengkaji),semasa menulis(draft penulisan dan fokus pada penulisan),selepas menulis(memakai kacamata pengkritik,menyemak penulisan dna mencari kesalahannya)

Mesej dalam dakwah :)
-akidah : kepercayaan kepada kekuasaan allah swt
-syariah : penjelasan keperluan pelaksanaan ibadat
-akhlak : persoalan tingkah laku manusia
-isu semasa : ekonomi,politik,kebudayaan dan seni yang dilihat dari sudut pandang islam

Gaya/uslub terbaik dalam berkarya seperti gaya penyampaian di dalam Al-Quran dan hadis :
- dekat dengan kehidupan manusia yang sememangnya suka cerita dan bercerita serta sarat dengan ilmu pengetahuan

ayuh kita lihat apa tujuan anda menulis? kita lihat pula maqasid penurunan al-Quran bagi menjawab apakah tujuan seseorang itu menjadi penulis. kata Dr Yusuf al-Qaradhawi :

-membetulkan aqidah
-memperakui kemuliaan manusia
-pengabdian kepada Allah
-pembinaan sahsiah
-pembentukan akhlak
-pembersihan jiwa
-dakwah
-toleransi kepada bukan Muslim

#menulis tanpa matlamat akan menjadi penulisan kita sia-sia

Selamat menulis!!
Hanyalah ringkasan daripada bengkel yang saya lakukan berdasarkan bahan bacaan dan rujukan kepada sahabat-sahabat penulis..terima kasih

tiga cinta pada penulis
1.cinta pada bahan bacaam
2.cinta pada penulis
3.cinta pada penulisan




-along aliah-
10.48pm | 11 Feb 2014
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan

Comments

Popular Posts