HIDUP INI



Kamu menghirup udara segar hari-hari. Siang dan malam. Pagi dan petang. Kamu juga bangun pagi,solat Subuh,sarapan dan seterusnya melangkah mulakan perjalanan kamu dengan satu tujuan dan tekad. Kamu bangun dengan senyuman yang paling manis untuk memulakan kehidupan kamu pada hari itu. Kamu nampak satu sinar pancaran cahaya seakan bersilau memanggil kamu. Kamu melangkah setapak dengan yakin dan dua tapak lagi agar tampak lebih yakin dan seterusnya. Pagi-pagi kamu bersiap kemas agar tampak cantik dan segar di pagi itu dan melangkah pergi. Itulah kamu di setiap pagi.

Kamu balik pada waktu sore. Keadaan kamu kusut sekali. Baju kamu kedut sekali. Tudungmu senget-benget. Roman mukamu masam mencuka. Mulutmu membebel. Terkeluarnya perkataan yang tidak sedap didengari. Kemudian,kamu memuncung. Kamu menghumban perkakas kamu di atas katil yang empuk. Lantas,kamu henyakkan punggungmu. Kamu menjerit di sebalik bantal busukmu. kamu menangis dan terus menangis. Itulah kamu di waktu sore dan malam bakal menjengah.

Sahabatmu di sebelah terkesima melihat keadaanmu yang kusut masai.

"Mengapa Gee?"sahabatmu bertanya

"Aku,aku,aku gagal kali ini."kata kamu dengan tersesak-esak.

"Apa yang kamu gagal? Bukankah awak pelajar pintar?"sahabatmu terus memujuk. Kamu menangis lagi.

"Bukan,aku takut menghadapi dunia ini. Aku dikritik.disinis dan dikutuk tetapi selama ini semua orang memuji aku."

"Apa sebenarnya yang terjadi,aku tidak mengerti?"tanya sahabatmu dengan penuh tanda tanya.

"Orang kata,aku ini memang cerdik dan cantik tapi akhlakku hodoh. Hati aku busuk. Mereka mengejek aku,sebenarnya aku akan dikenakan tindakan tata tertib kerana aku main rasuah di dalam persatuan dan menfitnah orang-orang persatuan."kamu menangis lagi. Kamu menangis di atas kesalahan kamu. Kamu benar-benar menyesal kerana sebenarnya kamu culas dalam menerima amanah,kamu yakin semua orang akan tunduk pada kamu kerana kecantikan,kecerdikan dan keyakinan yang ada pada kamu. Tapi kamu silap. Kamu tersilap caturan. Kamu tersilap langkah. Kamu mengikut bisikan syaitan. kKamu fikir kamu paling terbaik. Bila kamu berjawatan,kamu lupa. Allah Maha Berkuasa bukan kamu yang menentukan segala-galanya. ya,kamu lupa kerana bongkak. Kamu tidak ubah seperti Firauan laknatullah.

"astagfirullah,banyakkan beristighfar sahabatku."sahabatmu terus memujuk dan memujuk dan menasihatimu agar bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Hidup ini ibarat permainan catur. Kadang-kadang kita maju di hadapan,namun bila tersilap langkah kita akan ditumbangkan.

Janganlah bongkak dalam membuat percaturan. Janganlah megah dalam membina impian. Hanya usaha,yakin dan doa kepadaNya akan kita meniti kejayaan yang berliku. Tiada kejayaan dilalui dengan kesenangan.

Hidup ini,biasa kita menerima kritikan dan pujian. Dua-dua bisa menjadi racun yang pahit atau racun yang manis.


-along aliah-
5.45pm | 22/2/2014
bayt Aflah,Mu'tah
Jordan




Comments

Popular Posts