Tundukkanlah pandanganmu ~

Bismillahirahmanirrahim

Entahlah saya terpanggil untuk menulis kali ini mengenai 'TUNDUKKANLAH PANDANGAN',kerana apa,saya merasakan diri ini seperti lalang yang mudah dipandang,dipegang dan mudah memandang. Semoga Allah merahmati saya,astaghfirullah,ampunkanlah saya ya Allah ~

orang kata,
jangan pandang-pandang nanti jatuh ke hati

Susah bukan untuk kita menjaga pandangan,mata adalah salah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk melihat alam ini,melihat dengan mata secara zahirnya dan melihat dengan mata hati untuk menilai sesuatu perkara.



MATA YANG MELIHAT

Dewasa ini,kita lihat makin banyak kes muda-mudi yang terperangkap dengan cinta monyet,hanya dengan satu alat MATA...mata melihat,hati merasa,bisikan dituturkan ke telinga oleh syaitan laknatullah,otak dan,nafsu mengajak,kaki,tangan dan mulut melakukannya. astaghfirullah

Bagi muda-mudi biasa,budak jalanan,perkara ini perkara biasa,TAK COUPLE TAK ROCK LAH BRO,perzinaan berlaku di mana-mana.
bagi remaja dakwah,perzinaan tidak berlaku tetapi cinta ana enti tetap ada,hatta yang dah bertunang pun masih tidak menjaga.ya ianya FITRAH.CINTA. Berbicara tentang cinta adalah rutin. Nama syabab itu nama akhwat itu disebut-sebut.

Memandang wanita dengan lelaki adalah zina. Bercakap dengan mereka pun zina. berfikir tentang mereka pun zina. Pegang-pegang lagilah zina.

Berdasarkan mafhum hadis Rasulullah s.a.w : maka,dua belah mata zinanya adalah memandang,dua belah telinga zinanya adalah mendengar,lidah zinanya adalah kata-kata,tangan zinanya adalah memegang,kaki zinanya adalah melangkah.... Diriwayatkan oleh Muslim

BAGAIMANA MENGATASINYA?

1. Tundukkanlah pandangan

susah bukan untuk menundukkan pandangan,terutama apabila kita terlibat di dalam sesuatu organisasi,pabila kita berurusan dengan berkomunikasi di hadapannya,sudah tentu kita perlukan fokus dengan memandangnya atau mendekatinya dengan jarak yang tidak berapa jauh,jadi,bagaiman? Tundukkanlah pandangan walaupun ketika berurusan.

"Katakanlah kepada laki-laki beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya:yang demikian itu lebih suci bagi mereka. sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat."[An-Nur:30]

2. Berkahwin
sabda Baginda saw :
'Wahai golongan pemuda,sesiapa antara kamu yang mempunyai kemampuan,hendaklah ia berkahwin kerana kahwin itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan diri..'
3. Berpuasa

'Dan barangsiapa (antara kalian) tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana berpuas itu menahan dirinya (daripada melakukan zina). [Riwayat Bukhari]



4. Menutup aurat ketika berurusan dan keluar rumah

Perempuan diwajibkan menutup aurat seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Namun,perempuan masih lagi fitnah bagi lelaki hatta yang sudah menutup litup.

5. Berbicara hal yang penting
6. Berteman apabila berurusan
7. Bercinta dengan Allah,Rasulullah dan Al-Quran

nampak mudah bukan,tetapi susah untuk kita laksanakan. Selamat beramal ~ :)

-along aliah-
2/2/2014 | 11.23pm
bayt Aflah,Mu'tah
Jordan




Comments

  1. Subhanallah along...bagos entry ni..
    Tundukkan pndgn..
    Berjaga2 sebelum terlambat..
    jazakillah perkongsiannya.^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts