Si Gadis Itu #3:MUSLIMAH DAN ILMU
Pada era globalisasi ini,muslimah menghadapi pelbagai
cabaran semasa. Muslimah pada hari ini dimomok dengan pelbagai serangan pemikiran. Serangan
pemikiran ini tidak mahu mengikat muslimah dengan manhaj Al-Quran dan
as-Sunnah. Kita boleh lihat sekarang,wanita bebas berfesyen mendedahkan diri
mereka dengan tidak menutup aurat,mendedahkan diri di khalayak ramai seperti
majalah,surat khabar,televisyen hatta video klip. Semuanya kerana serangan
pemikiran yang dibawakan iaitu:
1.
Menuntut hak kesamaan
2.
Menganggap kemodenan itu
adalah cara hidup barat
3.
Mengugurkan sebahagian
kewajipan Islam
4.
Ingin bersaing dengan
lelaki dengan merendah-rendahkan mereka
Jadi,muslimah,ayuh bangkit dari tempat lenamu! Apa yang
harus kita lakukan bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan ideology sebegini. Saya
muslimah dan anda muslimah. Kita harus bersiap-sedia menangkis ideology dari mempengaruhi diri,keluarga serta masyarakat kita. Ayuh,tuntutlah ilmu
bersiap-siaga sehingga tidak terjerumus ke lembah ini.
HUKUM WANITA KELUAR MENUNTUT ILMU?
Fatawa Dr Mustaffa Murad
Ilmu itu dua jenis; syarie dan duniawi.
Ilmu syarie pula dua jenis :
1.
Ilmu yang sah pada I’tiqad
dan ibadat,maka ilmu ini wajib dipelajari.
2.
Ilmu yang membantu perintah
Allah dan laranganNya.
Maka ilmu syarie ini wajib dipelajari dan wajiblah ia
keluar jika ia tidak mampu mempelajarinya di rumah dengan suaminya sebagaimana
yang menjadi kebiasaan pada hari ini. Dan wajiblah ia keluar dalam keadaan
menutup aurat dengan sebaik-baiknya.
Wallahualam. [1]
Nabi saw bersabda : “ Menuntut ilmu itu adalah wajib ke
atas setiap muslim.”
Muslimah wajib menuntut ilmu sebagaimana lelaki. Bagi mengelakkan
kita ditipu dengan tipu daya syaitan dan ideology feminist,wajiblah kita
mempelajari ilmu agama dan mendalaminya serta ilmu kehidupan. Ilmu merupakan
batu asas bagi membentuk muslimah unggul pada setiap zaman.
Baik lelaki atau wanita,wajiblah mempelajari ilmu fardhu
ain yang merangkumi ilmu aqidah,ilmu fekah dan ilmu tasawwuf. Selain itu,muslimah
harus mempelajari ilmu kehidupan yakni ilmu fardhu kifayah,muslimah unggul
perlu mempelajari ilmu kehidupan agar dapat membantu masyarakat dari segi ekonomi,politik,pendidikan dan sebagainya.
Oleh itu,saya menyeru setiap muslimah agar
bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu. Juga harus diingatkan ilmu tersebut
mestilah mengikut acuan al-Quran dan as-sunnah serta tidak melanggar syarak.
TUGAS MUSLIMAH DALAM PEMBENTUKAN UMMAH
Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang
kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya
di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia
berusaha untuk memperlengkapkan dirinya
dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna. [2]
wallahualam
[1] Wanita Bertanya Ulama Menjawab,terjemahan oleh Faiz Tanzizi,m/s 68
[2] al-mukminah as-solehah,penyunting Mustaffa Ramadhan,m/s 17 (pdf)
-along aliah-
7.30pm | 9/2/2014
bayt aflah,mu'tah
Jordan
Comments
Post a Comment