KADANG-KADANG KITA...
Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt to all readers
Pada malam yang hening,hanya kedengaran suara malam yang
gemersik dan menusuk kalbu,siapa sangka,pabila malamnya tiba,pelbagai ragam
kita melihat,ada yang berchatting tidak kira melalui fb,gmail,ym,instagram,twitter
dan pelbagai lagi jenis media social yang ada pada abad ini. Tetapi kita lupa ada
yang sedang murajaah kitab,ada yang berusrah,ada yang mengisi masa lapangnya
diisi dengan tadabbur quran,menghafaz,membaca kitab atau buku ilmiah dan ada yang
sedang bermunajat kepada Allah. Tetapi golongan ini hanya sedikit,mereka
golongan minority,dan kebanyakan golongan majority adalah mengisi masa
lapangnya dengan perkara kosong ibarat membunyikan tin kosong. Tin kosong yang
hanya menyakitkan telinga pabila disepak atau diketuk. Tin..tin…
FUTUR
Apa itu futur? Fa.ta.ro laisa fa.tho.ro. futur merupakan
perkataan di dalam bahasa arab dan membawa maksud menjadi lemah,lesu,lemah
sedikit demi sedikit. Kadang-kadang kita ini futur dalam perjuangan,futur dalam
beribadat,futur dalam perhubungan,futur dalam melakukan gerak kerja jadi kita
ini berusaha untuk apa? Mengapa kita futur?
Kadang-kadang kita bersemangat apabila disuntik dan dijentik
sedikit agar kuat dan tidak putus asa. Kadang-kadang kita bersemangat apabila
kita ada rakan atau sahabat yang sama-sama dalam perjuangan,yang sama-sama
membina angan-angan mencapai mardhatillah,sama-sama mentanzimkan jadual dan
saling nasihat-menasihati agar tidak rebah dan lesu. Kadang-kadang kita
bersemangat agar tidak dipandang sebelah mata oleh orang sekeliling.
Apakah ini benar-benar makna perjuangan?apakah ini juga
matlamat menggapai mardhatillah?
Kita sering leka dengan teknologi sedekad ini. Tidakku salahkan
teknologi kerana ia membawa kebaikan dan manfaat kepada manusia dan manusia
jugalah yang menciptanya agar digunapakai. Tapi,apakah kita sedar ia juga
memberi keburukan. Aku sedang bergiat di medan ini,medan perjuangan,medan
dakwah,medan ku mengenal erti kehidupan yang bebas daripada nafsu kejahatan,medan
ku bertempur antara akal,nafsu dan mata hati,medan ku mengenal perhubungan dan
medan ku mengenal Allah dan Rasul-rasulNya. Tapi,aku sering leka,lalai dan cuai
dalam menunaikan amanahku di medan ini.
Ku sering termenung seorang diri dan anganku dibawa angin bayu
sehingga ke utara dan selatan. Ku berangan sendirian mengadap fb etc. ku
terfikir,aku bisa mengadap benda alah ini berjam-jam,mengapa sedikit pun aku
cuba untuk beristiqamah dalam beribadah,dalam menuntut ilmu dan terus belajar,mengkaji
dan mencari ilmu di atas muka bumi ini. Aku futur. Aku futur bila ku menerima
kegagalan,ku future bile leka dengan media social yang kadang-kadang
melalaikan,ku futur bila ku tidak diasak atau dicubit untuk melakukan ibadah,ku
futur tiada kawan yang mengingatkan,aku futur lagi bila ku keseorangan,lagi..ku
futur tiada ujian yang menimpa untuk aku sentiasa mengingati Allah.
Astaghfirullahalazim…
Ini aku,kamu?adakah seperti aku?
EH,nanti dulu sahabat,pernah tak kau mengenang saat kau bersemangat dan bersungguh-sungguh...
-along aliah-
10.45 pm | 5/2/2014
bayt aflah, Mu'tah
Jordan
SENYUM KAWAN :)
Comments
Post a Comment