TERUSKAN PERJUANGAN ;)

Bismillahirahmanirrahim

Dengan satu perjuangan
Satu arah tujuan
Di bawah rahmat yang Esa
Kita melangkah seiringan
 Satu perjuangan

Kita sering mendengar lagu ini bukan. Lagu lagenda pada zaman 90-an,lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tersohor tanah air iaitu Brothers. Cuba hayati lagu ini rakan-rakan,bait-bait katanya yang mendalam serta memberikan motivasi,seni kata lagunya diiringi musik yang bisa menusuk kalbu. Lagu ini bertajuk ‘Satu perjuangan’.

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta.” [al-Ankabut:2-3]



Ayat ini menerangkan Allah sengaja menimpakan ujian terhadap orang-orang beriman bagi melihat kita ini orang yang benar-benar beriman atau berpura-pura. Ujian atau mehnah menjadi kayu pengukur kepada kita. Nak berjuang bukan mudah,nak berjuang bukan senang,nak berjuang perlukan kesabaran,kecekalan dan keyakinan. Mehnah itulah sunnah orang berjuang. Nah,cuba kita fikirkan kembali bukan apa perjuangan kita sebenarnya.

Cuba kita lihat Rasul-rasul terdahulu,mereka diuji dengan pelbagai ujian,maka tidak hairanlah mereka berjaya dalam perjuangan. Juga kita melihat umat-umat terdahulu dalam sampaikan dakwah Islam dan dalam berjuang menegakkan keadilan,mereka diuji dengan pelbagai tribulasi. Mereka berjaya dan nama mereka disebut sehingga ke hari ini.


KISAH NABI IBRAHIM A.S DIJADIKAN PEDOMAN

Ibrahim a.s lahir di era kekuasaan Raja Namrud di Babylon. Raja Namrud ialah raja yang bengis dan zalim serta mempunyai kekuasaan yang mutlak. Ibrahim a.s lahir sebagai anak pembuat patung berhala sembahan kaumnya, ayahnya Azar. Pada zaman ini,masyarakatnya menyembah berhala dan beragama politeisme iaitu menyembah lebih daripada satu Tuhan.

  Pada zaman empayar Babilon,ada tradisi tahunan yang disebut sebagai Hari Raya Agung. Pada hari itu,mereka akan keluar beramai-ramai selama berhari-hari. Mereka berpesta dan bersuka-ria meninggalkan kota mereka bagi meraikan perayaan tersebut. Semua penduduk meninggalkan kota termasuklah keluarga besar Ibrahim,mereka mengajak Ibrahim namun Ibrahim sengaja mengelak daripada merayakannya. Dia berpura-pura sakit dan meminta izin untuk tinggal di rumah.

“Maka dia (Ibrahim) mengahancurkan (berhala-berhala) itu berkeping-keping,kecuali yang besar (induknya);agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.”[al-Anbiya:58]


Ketika suasana kota benar-benar sepi,Ibrahim membawa sebilah kapak bagi menghancurkan berhala-hala di rumah ibadat kaumnya. Ibrahim lantas menghayunkan kapaknya ke patung-patung berhala tersebut dan meninggalkan patung yang paling besar sekali dan meletakkan kapak itu di leher patung tersebut.

Sekembalinya penduduk kampong Babylon daripada perayaan tersebut. Mereka kaget melihat keadaan rumah ibadat mereka. Patung-patung hancur berserakan.

“Mereka berkata, “Siapakah yang melakukan (perbuatan) ini terhadap tuhan-tuhan kami. Sungguh,dia termasuk orang-orang yang zalim.” Mereka yang lain berkata, “Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-hala ini) namanya Ibrahim.” Mereka berkata, “(kalau demikian) bawalah dia dengan diperlihatkan kepada orang banyak agar mereka menyaksikan.” Mereka bertanya, “apakah egkau yang melakukan (perbuatan) ini terhadap tuhan-tuhan kami wahai Ibrahim?”. Dia (Ibrahim) menjawab , “Sebenarnya (patung) besar itu yang melakukannya,maka tanyakanlah kepada mereka ,jika mereka dapat berbicara.” Maka mereka kembali kepada kesedaran mereka dan berkata, “ Sesungguhnyalah kamulah yang menzalimi (diri sendiri).” Kemudian mereka menundukkan kepala (lalu berkata), “Engkau (Ibrahim) pasti tahu bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara.” Dia Ibrahim berkata, “Mengapa kamu menyembah selain Allah,sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun,dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada kamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Tidakkah kamu mengerti?” Mereka berkata, “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak berbuat.” [al-Anbiya: 59-68]

Raja Namrud tetap enggan beriman selepas mendengar seruan Nabi Ibrahim bahkan menitahkan agar Ibarahim dibakar. Merekapun mengumpulkan kayu api dan membakar Ibrahim hidup-hidup. Namun Ibrahim terselamat dari jilatan berkat pertolongan Allah swt.

“Kami (Allah) berfirman, “Wahai api! Jadikanlah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim,”[al-Anbiya:69]

Nabi Ibrahim as terselamat kerana kepasrahannya terhadap Allah melahirkan pertolongan Allah. Ramai daripada kaumnya mulai mempercayai ajaran tauhid yang dibawanya. Hal ini kerana berkat kesabaran dan kecekalan Ibrahim menempuh ujian menyampaikan dakwah kepada kaumnya.



Sudah terbukti bukan melalui jalan perjuangan bukannya mudah dan senang seperti yang disangka-sangkakan. Tetapi ingat,ada juga jalan perjuangan diuji dengan ujian kesenangan dan kekayaan. Misalnya,kisah Qarun dan harta-hartanya. Hal ini dirakamkan di dalam Al-Quran untuk dijadikan pengajaran buat kita. Bukan sahaja kekayaan bakal melemahkan semangat juang kita malah anak-anak juga. Lihat sahaja,para pejuang yang tersungkur di medan juang kerana kesibukan menguruskan anak-anak dan kekayaan. Sedangkan umat terdahulu juga mempunyai keluarga dan harta namun mereka mampu utuh di medan ini.

INTROSPEKSI BERSAMA

Kadang kala Allah memberikan kemenangan atau kejayaan kepada kita bukanlah kerana kita ini layak menggapai kemengan tersebut tetapi untuk menguji kita adakah kita benar-benar mampu atau tidak menangani kemenagan tersebut.

Oleh itu,bersyukurlah kita kepada Allah andai ujian tidak pernah mengunjungi dalam kehidupan seharian kita dan kita mudah menerima kemengan dan kejayaan yang tidak disangka-sangka. Syeikh Mohd Zainul Asri menulis di dalam bukunya, ‘Bingkisan Fikrah Pejuang’ menyatakan kesabaran menghadapi ujian baik dalam bentuk kesenangan atau kesusahan mencerminkan tahap keimanan kita kepada Allah swt dan rasulNya.


Sabar dan redhalah menghadapi ujian dalam perjuangan. Rebah dan berputus asa tidak memberikan apa-apa manfaat. Teruskan perjuangan. Berjuanglah kalian sama ada menegakkan kalimat Allah di muka bumi,di dalam pekerjaan,pengajian hatta sekecil-kecil perjuangan maka TERUSKANLAH PERJUANGAN.

APAKAH AKU SEORANG PEJUANG?
SERING MENGELUH DAN MENGALAH

-along aliah-
2.34pm | 17/2/2014
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan

Comments

Popular Posts