OH,HARI KEKASIH!!
“ Sayang,hari ini berapa hari bulan yer?”
“ Erm,empat belas hari bulan. Kenapa?”Tanya si lelaki
berpura-pura tidak tahu. Kelihatan hanya mereka berdua sahaja di tempat yang
sunyi ditemani pemandangan tasik yang tenang serta kebun yang mewangi dengan
wangian bunga-bungaan tanpa dibingitkan suara orang ramai melainkan suara
unggas.
“ Alah,abang ni.”si gadis buat-buat merajuk dengan
memuncungkan bibir munggilnya.
“Tadaaa..nah,bunga ros merah dan milk chocolate soft
caramel filling kesukaan sayang abang ni. Abang ingatlah takkan abang tak
ingat kot. Happy Valentine’s Day baby.”tiba-tiba si lelaki membuat
kejutan yang tidak disangka-sangka oleh si gadis. Maka, si gadis tadi pun
tersenyum dan mengalirkan air mata dek kejutan yang dibuat-buat oleh si lelaki.
Tiba-tiba,si lelaki berkata, “…….” Dan memeluk si gadis.
Dan si gadis pun merelakan dirinya.
Kita lihat bukan babak di atas bukanlah hanya dua tiga orang
yang melakukannya bahkan ramai lagi. Saban hari berita mengenai pasangan
kekasih ditangkap dipaparkan di dada akhabar dan televisyen dan di corong radio
pada tarikh 14 Februari. Hari apakah ini wahai sahabat sekalian?
Tanggal 14 Februari,melihat anak-anak muda ,teruna dan dara,
berpeleseran di ceruk-ceruk kota,di kawasan-kawasan sunyi,di hotel-hotel murah
hatta ber dating di perhentian bas pun mungkin.Tarikh ini menjadi tarikh
yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih untuk meraikannya seolah-olah ianya
takwim tahunan buat remaja terutama penganut agama Kristian. Mereka berdandan
cantik bagi menarik perhatian sang kekasih,saling bertukar-tukar
hadiah,mengadakan upacara tari-menari di disko-disko dengan dihidangkan minuman
keras,bertukar-tukar perasaan dan ada yang meraikannya di taman bunga sehingga
menggandaikan maruah diri sendiri bagi membuktikan kesetiaan masing-masing
terhadap pasangan.
Hari Kekasih bukan semata-mata perayaan luaran sahaja tetapi
didatangi dengan multidimensi yang menyerang remaja terutama umat Islam.
Hari Kekasih yang dibawa oleh budaya Barat tanpa disedari.
Adakah ia salah di sisi syarak dan merosakkan aqidah umat Islam,moral,akhlak
dan ibadah? Jika saya katakan ya? Ayuh, kita singkapi punca di sebalik hari yang
melalaikan umat mutakhir ini.
Kisah Romeo dan Juliet yang dianggap kisah cinta sejati abad
ini yang bisa diambil pengajaran dan tauladan. Kisah yang mana cinta mereka
terhalang oleh keluarga sehingga sanggup membunuh diri kerana tidak sanggup
ditinggalkan kekasih. Oh,inikah dikatakan contoh yang terbaik? Konon
cinta,tetapi mendatangkan kemungkaran dari Allah swt.
Ini adalah agenda masyarakat Barat dengan mempromosikan
produk Valentine’s Day. Remaja akan menyangka ia adalah hari memberi penawar
yang akan memberikan hiburan dan ketenangan padahal ia racun yang sangat
berbisa.
Umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan
peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini
berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud: “Katakanlah (wahai
Muhammad):Hai,orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang akan kamu
sembah,dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,dan aku tidak pernah
menjadi penyembah apa yang kamu sembah,dan kamu tidak pernah(pula) menjadi
penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu,untukku agamaku.[al-Kafirun:1-6]
Tidak dinafikan,produk Valentine’s Day sering dilaungkan dan
sering dipromosikan sekitar akhir tahun 90-an,melalui media cetak mahupun media
elektronik. Cukup malang kerana produk ini menjadi budaya anak muda-mudi secara
langsung dan tidak langsung sehingga era ini.
Dalam pada itu,islam tidak pernah menghalang penganutnya
berkasih-sayang dan bercinta kerana ia punya kaedah tersendiri. Fitrah manusia
itu sendiri ingin dicintai dan mencintai. Islam hanya membenarkan rasa kasih
itu dijalinkan dan diluahkan dalam bentuk ikatan yang sah agar rasa cinta itu
dibina atas asas yang kukuh,mulia dan terhormat.
Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah
menjadi fitrah ummah yang tidak boleh dipadam. Apa itu? Islam mensyariatkan
institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta muslim dan
muslimah,teruna dan dara.
Selain itu,ayuh kita lihat kisah Rasulullah saw dan
isterinya Siti Khadijah,Saidina Ali dan Saidatina Fatimah,juga kisah cinta
agung Abu Thalhah dan Ummu Sulaim. Apa yang menjadi kekuatan kepada kisah cinta
mereka yang penuh syariat? Miftahnya,adalah cinta kepada Allah swt.
Kesimpulannya,cinta dalam islam mesti diasaskan dengan
tanggungjawab,pembelaan,pendidikan,penjagaan dan perlindungan atas nama Allah
swt. Ayuh kembalilah kepada Allah swt dalam menuntun cinta hakiki dan tinggi.
Tiada cinta sejati dengan melanggar hukum Allah swt. Rasulullah saw bersabda : “Sesiapa
yang menyerupai sesuatu kaum dia akan menjadi kaum itu.”(Riwayat Abu daud).
Nauzubillahiminzalik..moga kita dijauhkan. SAY NO TO VALENTINE’S DAY
BECAUSE I AM MUSLIM.
Rujukan:
-along aliah-
7.47am | 13 Februari 2014
Bayt Aflah,Mu'tah
Jordan
Comments
Post a Comment